Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, December 3, 2017

Asiah Jalil : Kisah Sedih Seorang yg Mendambakan Kasih Sayang


Asiah Jalil : Kisah Sedih Seorang yg Mendambakan Kasih Sayang!
Kes Asiah Jalil ni tidak perlu dia diperdebat dengan mana-mana tokoh atau ilmuan. Membuang masa kerana mindanya sudah berkecamuk dengan pelbagai persepsi buruk terhadap isu yang diangkat. Apa yang saya dapati, komentar ranjau beliau yang terbabas kesana sini yang sengaja menjentik apa sahaja 'peluang mentafsir' makna hadis adalah berpunca daripada kekecewaan (baca hilang kasih sayang) dalam plot plot kehidupan peribadinya.
Saya dapat rasakan yg dia telah mula sedar pelbagai kegagalan yg berpunca daripada sikapnya sedari muda yang keras kepala dan pandai tidak boleh ditumpang atau bodoh yang sukar disekolahkan. Lalu dia angkuh atau malu utk mengakui kegelinciran sikap terdahulu. Saya yakin, perkara ini mesti pernah dihadapi oleh suami beliau dgn tabah tetapi terpaksa mendiamkan keburukan itu utk jaga nama baik keluarga...
Luahan dan lalakan beliau bukan untuk mencari kebenaran, membetulkan salahfahamnya atau merawat kekalutan psikologinya yg terluka. Yang dia perlukan ialah pakar psikologi muslimah yg dapat merawat kedukaan dan penyesalan yg terpaksa dia jadikan Islam sebagai kambing hitam.
Pada waktu ini, yang perlu mendepani spesis Asiah Jalil ialah ustazah da'iyah power yang selalu muncul dalam publik seperti Ustazah Isfadiyah, Ustzah Norhafizah Musa, Ustzah Siti Fatahiyah Sfm, Ustzh Dr Syarifah Hayati, Prof Muhaya, Ustzh Fatimah Syarha, ustzh Asmak Husin, Daiah Hamidah, Ustzh Asni Mansor dan ustazah2 yg boleh mengekalkan gaya feminin sprt yg Asiah mahukan.
Beliau tidak mahu pendebat lelaki lalu diberikan pelbagai alasan seperti dominasi maskulin, partriarki, tidak binding jika di luar mahkamah dan mcm-mcm. Seperti saya katakan, dia bukan mahukan kebenaran... Dia cuma mahukan perhatian.. Utk menarik perhatian dan 'kasih sayang', dia terpaksa mengambing-hitamkan Islam dan sunnah dengan imaginasi seksual yg keterlaluan dipalitkannya pada hadis (tidak pelik kerana beliau beranak 9 orang) .
Apa yang saya dapat katakan tentang beliau, Asiah merupakan produk yang boleh terhasil daripada praktik kekeluargaan yg berpecah belah, pendidikan awal agama yang diabaikan, kasih sayang yang tidak sampai sepenuhnya dan derhaka ibubapa. Inilah babak menyedihkan yg terpaksa dilalui oleh Asiah sejak kecil. Saya amat simpati. Wahai ibu bapa sekalian, sedarlah bahawa kesilapan kita menguruskan rumahtangga bakal menghasilkan anak, bakal isteri dan bakal menantu yg failure. Kesian nanti pada menantu dan cucu-cucu kita. Uruskanlah keluarga kita dengan sunnah Rasulullah SAW.
Adalah bagus jika kita berikan peluang kpd Zainah Anwar, Siti Kasim dan Asiah Jalil utk meluahkan seikhlas hati apa-apa lagi ketidakpuasan mereka tntg hukum Islam samada dalam media terbuka atau tertutup dan kita akan mendengar semuanya... Tapi dengan syarat, mereka mesti mendengar balik komentar balas pihak kita jika mereka ingin menjadi muslimah yg betul, bukan faasiqah yang perasan suci...
Dahulu, Saidina Ali menghantar Abdullah bin Abbas utk menghujahkan golongan khawarij dgn nas-nas al-Quran krn mereka menolak hadis. Separuh golongan itu kembali kpd kebenaran. Maka hari ini, kita perlu menghantar pendakwah wanita yg 'feminis' utk sedarkan spesis-spesis seperti mereka. Inilah KPI dakwah kalian... Bukan lagi menghadapi kes-kes poligami atau tips menambat hati suami, resepi masak dgn kasih sayang atau petua berbaik dengan mertua...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej