Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, April 5, 2015

KEKALKAN PRESIDEN DAN GANTIKAN TIMBALAN PRESIDEN. TERUS BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA

Aszfia Haris El Haraki >>

KEKALKAN PRESIDEN DAN GANTIKAN TIMBALAN PRESIDEN. TERUS BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man adalah calon/individu yang paling layak untuk mengisi jawatan timbalan presiden PAS bagi mengantikan timbalan presiden PAS (Mat Sabu) yang ada sekarang. Beliau di lahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Batu Balai Jerantut Pahang.

Bekas guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Cliford Kuala Lipis Pahang ini memiliki Master dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Dengan kelulusan akademik yang beliau miliki. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan UiTM Jengka, Pensyarah UiTM Manjong Perak dan pernah dilantik sebagai Penasihat Pusat Pungutan Zakat Pahang selain pernah menjadi Panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam (RTM).

Selain memegang jawatan sebagai Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang. Beliau adalah Mantan ADUN Jengka 1999-2004 pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Penerangan PAS pusat pada 2011-2013 dan pernah menyandang jawatan sebagai Naib Presiden PAS pada 2009-2011.

Birruh
Biddam
Nahnu maa ulama'
Warasatul ambiya'

Dengan nyawa
Dengan darah
Kami mempertahankan
Kepimpinan ulama'

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153296108709866&set=a.95189544865.84529.713674865&type=1&fref=nf

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej