Peristiwa sebegini juga pernah menimpa Jama'ah Ikhwanul Muslimin Mesir tetapi golongan yang meminggirkan ulama' yang mereka namakan gerakan tajdid telah terkeluar dan akhirnya menubuhkan parti sendiri. Pemilihan PAS kali ini juga nampaknya sedang menuju ke arah itu. Perlu diingat PAS pernah mengalami perpecahan di zaman HAMIM, BERJASA dan AKIM. Namun ke mana mereka hari ini. Berbalik kepada soal Musang dan Gagak yang sedang mengacau dan buat bising sekarang ni, tak perlu kita bimbang.
Ini kerana Musang hanya dapat menangkap ayam-ayam baru yang bakal terkena penyakit safar. Begitu juga dengan Gagak yang cuma bising di udara tapi tak mampu bersuara bila di bumi. Jika Musang telah kehilangan ketuanya, begitulah jua dengan Gagak yang tak mampu bersorak beramai-ramai kerana pemburu sedang menghala senapang ke arah mereka. Silap-silap peluru penabur singgah di kepala mereka.
Apa yang berlaku sekarang hanyalah proses penapisan secara langsung oleh Allah Swt bagi mengukur keikhlasan dan istiqamah mereka yang selama ini mengaku berjuang demi Islam saja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej