Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, June 16, 2015

Ada org kata PAS kena tipu oleh UMNO dan tak serik serik kena tipu

Ada org kata PAS kena tipu oleh UMNO dan tak serik serik kena tipu .....
ok cuba kamu teliti , nilai dan fikirkan peristiwa semasa peperangan antara Sayyidina Ali dan Muawwiyah.
PEPERANGAN SIFFIN
Penentangan yang dilakukan oleh Muawiyah telah menyebabkan Khalifah Ali melucutkan jawatan Muawiyah sebagai gabenor di Syam. Akibatnya terjadilah peperangan di antara tentera Sayyidina Ali dengan tentera Muawiyah di lembah Siffin, yang disebut sebagai peperangan Siffin pada tahun 657 masehi bersamaan tahun 37 hijarah.
Dalam peperangan itu, ketika Muawiyah berasa tenteranya hampir kalah, dia pun melakukan helah, iaitu dengan menjunjung Al-Quran di hujung pedang untuk tujuan memberhentikan peperangan. Akhirnya pertempuran diberhentikan dan kedua-dua pihak setuju mengadakan perundingan damai bagi menyelesaikan perbalahan.
Persetujuan Ali menerima rundingan tersebut menyebabkan tentera Ali berpecah kepada dua golongan, iaitu golongan yang bersetuju dengan cadangan Muawiyah, dan golongan yang kedua ialah golongan yang menentangnya. Golongan yang kedua ini keluar dari kumpulan Sayyidina Ali dan membentuk satu kumpulan baru dinamakan Khawarij.
Cerita ini hampir sama persis apa yg berlaku.
Apakah kamu berani menyatakan Sayyidina Ali telah mengkhianat, telah ber"UG" telah ditipu oleh Muawwiyah ?
Sayyidina Ali sangat jujur dan lurus hatinya, walaupun ada pengikutnya ( yg akhirnya jadi puak khawaarij ) telah menentang pelan damai Muawwiyah kerana menganggap Muawwiyah menipu
**** khawarij = PASMA ????????

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej