Bagaimana seseorang Ulama itu dikatakan sebagai Ulama yg di iktiraf lagi muktabar ?
Contoh - Tuan Guru Hj Soleh Musa Sik Kedah.
Semasa di Kedah, dia telah mengaji di beberapa buah pondok dengan beberapa Guru dan Ulama. Khatam Kitab kitab utama seperti ilmu ilmu Nahu & Soroaf, Matan-matan Fiqah dan Usuluddin.
Bila dah "tamat" pengajian di pondok pondok, dan guru gurunya telah iktiraf dia sebagai ketua mutola'ah dan memberi izin dia mengajar kepada pelajar pelajar pondok dan seterusnya membenarkan dia ke Makkah untuk meneruskan pengajian.
Di Makkah juga, guru gurunya membuat penilaian dan perhatian dengan menanyakaN soalan soalan yg gharib dan susah. Dia menjawab dengan petah dan dalil yg kukuh.
Selepas itu guru gurunya memberi pengiktirafan dan membenarkan dia mengajar.
Setelah beberapa tahun dia mengadap guru dan menamatkan kitab kitab besar dan gurunya berpuas hati, barulah guru itu membenarkan tuan guru muda ini balik ke Kedah dan membuka Pondok.
Setelah beberapa tahun dia mengadap guru dan menamatkan kitab kitab besar dan gurunya berpuas hati, barulah guru itu membenarkan tuan guru muda ini balik ke Kedah dan membuka Pondok.
Semua perkara perkara di atas diperhatikan oleh semua ULAMA ULAMA seluruh dunia dan ada di antara mereka menguji kebolehan Tuan Guru. Setelah Guru Guru se dunia ini berpuas hati dengan ilmunya, barulah semua Ulama mengiktiraf dan memasyurkan dia sebagai Ulama muktabar..........
Begitu sedikit sebanyak macam mana kita nak kenal Ulama Muktabar yg sebenar !
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej