Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, June 14, 2015

Maksud kita perjuangkan ialah perjuangkan Hukum Islam diiktiraf dulu

Bukan itu maksud ulama dan perjuangan PAS & Haron Din.
Maksud kita perjuangkan ialah perjuangkan Hukum Islam diiktiraf dulu.
Masukkan ke dlm qanun, masukkan kedalam undang undang.

sepertimana mana kita terima Terima Allah sebagai Tuhan, Terima Islam sebagai Agama, Terima Alquran sebagai Sumber Utama Undanang Undang, Maka kita telah dinamakan sebagai Mukmin. Kita telah diiktiraf Oleh Allah dan Rasul. Itu sudah cukup
Mengamalkan hukum yg telah dimasukkan ke dalam qanun ialah masalah kedua. Yg penting kita sebagai Mukmin terlebih dahulu reda, terima tanpa soal segala hukum Allah.

Sebagai tanda reda dan percaya kita tanpa berbelah bahagi ialah kita dengan
rela tanpa dipaksa mengambil hukum hakam dan dimasukkan kedalam qanun dan perlembagaan sebagai hukum Utama negara.
Bila sampai tika dan saat nak buat hukum, maka kebijaksaan hakim Islam membuat keputusan samada nak jalan atau tidak hukum tersebut berdasarkan mastalah umum dan keadaan.

Maka kita telah terlepas dari taqser (kesalahan).

Contohnya bila si pencuri mencuri tapi si pencuri itu terdesak atau negara
dlm keadaan darurat, maka si pencuri tidak dikenakan hukum hudud.

Kita terlepas dari taqser ini, sekiranya undang undang telah diwartakan,
telah dimasukkan kedalam enakmen, telah dimasukkan kedlm undang negara dan kemudia kita gagal laksanakan atas sebab sebab tertentu yg lebih mustahak
TAPI
Kita tak akan lepas dari taqser dan kesalahan dlm keadaan kita tidak mengiktiraf dan tidak mengambil hukum Allah sebagai Hukum Negara. Semua akan kena soal tak kira tok mufti tak kira ulama tak kira rakyat .....
Apa yg penting ialah masukkan dulu dan iktiraf dulu hukum Allah sebagai hukum Negara, jalan ke tidak lepas itu adalah lain cerita, kerana kebijaksaan Qadi ( hakim Islam yg dilantik dlm negara yg sudah memasukkan qanun Alquran ) juga adalah diiktiraf org Allah dan Rasul .
Sama juga dlm kes bersyahaadah ( mengucap dua kalimah syahadah )
Seseorang itu kalau nak jadi Islam, kena mengucap dulu, kena terima dulu Allah sebagai Tuhan, Nabi Muhammad sebagari Rasul.
Kena masukkan dua kalimah syahaadah sebagai aqidah di dalam hati.
Barulah dinamakan mukmin dan dia telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul dan darah dan maruahnya wajib dijaga !
Konsep itu sama persis seperti nak jadikan negara sebagai negara Islam .
Kalau masih tidak mengucap dua kalimah syahaadah dan tidak jadikan ia pegangan aqeedah, sesorang itu masih belum Islam.

Sekarang cubaa bandingkan dengan Negara. Negara tidak dinamakan negara Islam
selagi tidak "Mengucap" ie tidak menerima hukum Alquran, tidak menerima Allah sebagai Tuhan yg menurunkan hukum hukum itu dan tidak menerima Nabi Muhammad Sebagai Nabi yg menyampaikan semua hukum hukum itu kpd kita untuk diamalkan.
Wallahu A'lam


Ramai org boleh jadi mufti, tapi tak ramai yg boleh Ulama muktabar di zaman fitnah ini.

https://www.facebook.com/awang.kenit.58/videos/1591863097751627/

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej