Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, June 1, 2015

Siapa pertama dan terakhir masuk syurga

Muhammad Al-Fatih

Muhammad Al Fatih adalah satu-satunya pemimpin yans disebut sebagai “ Seorang pemimpin sebaik pengikutnya dan pengikut-pengikut sebaik pemimpinnya”

Ketika  Tentera  Muhammad Al-fatih hendak berperang dengan Kerajaan Romawi, Kerajaan Romawi telah memerintahkan tenteranya menabur emas disepanjang  medan pertempuran dan memerintahkan kepada tenteranya “ jika kamu lihat bala tentera Muhammad Al-Fatih mengambil harta emas itu maka kamu seranglah ia kerana kita akan menang, jumlah tentera  Muhammad Al Fatih amat sedikit berbanding tentera kita. Tetapi jika mereka tidak mengambil wang dan harta emas itu maka berundurlah kamu kerana ini bermakna Allah bersama mereka dan kita pasti akan kalah. Diberitakan bahawa tidak seorangpun tentera Muhammad Al Fatih yang mengambil barang satu keeping emas. Muhammad Al-fatih telah berjaya menakluk Kota Romawi.

Di dalam kisah yang lain ketika bala tentera Muhammad Al Fatih melintasi ladang anggur beliau telah memerintahkan tenteranya supaya tidak mengambil walau sebiji pun buah anggur. Tenteranya amat patuh dengan perintah Muhammad Al Fatih sedangkan ketika Muhammad Al Fatih jatuh sakit kuat  tabib yang merawatnya berkata penawar kepada penyakit beliau hanya terdapat di dalam buah anggur. Setelah ditanya kepada seluruh balaa tenteranya tidak seorangpun yang memiliki barang sebiji buah anggur.


Umar bin Abdul Aziz.

Umar bin Abdul Aziz merupakan cicit kepada Umar bin Khattab.  Memiliki kerajaan dari Madinah hingga ke Morocco.  Perjalanan dari Madinah ke Morocco mengambil masa lapan (8) jam jika menaiki kapalterbang. Pada zaman  pemerintahan Umar bin Abdul Aziz , tidak ada seorangpun dari rakyatnya yang layak mendapat zakat kerana kesemuanya hidup senang. Namun demikian Umar bin Abdul Aziz hidup dalam zuhud. Umar bin Abdul Aziz pernah ditegur oleh menterinya kerana beliau tidak menukar baju untuk beberapa minggu. Maka Umar bin Abdul Aziz menjawab ‘ bagaimana aku hendak menukar baju sedangkan hanya baju ini sahaja yang aku ada”.  Pada satu malam ketika anak Umar bin Abdul Aziz datang ke pejabatnya Umar bin Abdul Aziz bertanya “kamu datang ke sini atas urusan negara atau atas urusan peribadi?"  Jawab anaknya "Saya ke mari adalah atas urusan peribadi". Maka Umar bin Abdul Aziz segera memadamkan pelita dan pejabatnya pun gelap. Apabila ditanya oleh anaknya kenapa mereka bergelap, maka kata Umar bin Abdul Aziz “ Aku tidak mahu hanya kerana api pelita ini aku di bakar oleh api neraka kerana menggunakan harta rakyat untuk urusan peribadi”

 Ketika beliau meninggal dunia Umar bin Abdul Aziz tidak meninggalkan satu apapun untuk anak-anak dan isterinya.  Umar bin Abdul Aziz  juga berkata, “ Jika aku tidak meninggalkan harta untuk  anak-anakku, sudah tentu Allah akan menjaga dan memberi  makan minum serta harta  kepada mereka. Tetapi jika aku meninggalkan harta untuk anak-anakku dan mereka  gunakan harta tersebut untuk meksiat maka sudah tentu aku akan dibakar oleh api neraka” .
Dengan kebesaran Allah, diberitakan bahawa kemudian daripada itu didapati bahawa kesemua anak-anak Umar bin Abdul Aziz menjadi kaya raya.

Jika kita tinggalkan anak-anak kita ilmu agama dan iman maka harta kekayaan akan mengikuti  mereka, sebaliknya jika kita tinggalkan harta kemungkinan harta itu menjadi punca maksiat.

Rasulullah s a w  pernah mempunyai 9 isteri dalam satu masa. Pernah berlaku di mana  selama tiga bulan berturut-turut ke semua rumah-rumahnya itu dapurnya tidak berasap. Apa yang dimakan oleh Rasulullah dan isteri-isterinya hanyalah  kurma dan air kosong sahaja. Namun demikian kesembilan dari isteri-isterinya itu hidup harmoni, tenang dan aman damai bersama RAsulullah s a w .

Abu Hurairah merupakan sahabat Rasulullah s a w  yang paling akhir memeluk Islam tetapi adalah yang paling banyak mengumpul hadis. Ke mana sahaja Rasulullah s a w  pergi Abu Hurairah akan mengikutnya. Abu Hurairah juga merupakan sahabat Rasulullah s a w   yang paling miskin. Kadang-kadang Abu Hurairah akan mengikat perutnya dengan  batu lantaran terlalu lapar sangat.  Abu hurairah juga menjadi saksi  dan periwayat kepada mukjizat Rasulullah s a w  tentang  segelas  susu yang diminum oleh satu kumpulan yang ramai tetapi tidak habis lantaran  kekenyangan oleh susu tersebut, walaupun hanya segelas.



Home





Kuliah Subuh , Sabtu 16 Februari 2013 - 5 Rabiul Akhir 1434 Hijrah  - Uz Drs Rejab Selamat :  – di   Surau Nurul Iman , AU3 Keramat

Firman Allah di dalam surah Al waqiah – ayat 10-26:

 “ Dan (golongan ketiga) orang-orang yang paling dahulu (taat) dan paling dahulu mendapat (Rahmat Allah)”
“ Itulah orang-orang yang didekatkan (kepada Allah)”
” Mereka dalam syurga yang penuh kenikmatan”
 “ Golongan besar dari orang-orang terdahulu”
” Dan Golongan kecil dari orang-orang kemudian”
 “ Mereka (duduk) di atas dipan yang bertatahkan emas dan permata”.
 “ Mereka duduk bersandar berhadap-hadapan”
 “ Mereka dikelilingi (dilayani) oleh anak-anak muda yang tetap muda (tidak menjadi tua)”
 “Menghidangkan (minuman) gelas, cerek, gelas anggur yang bersih”
 “ Mereka tidak pusing dan tidak pula mabuk (kerana meminumnya”
 “ Dan (dihidangkan) buah-buahan yang mereka sukai.”
 “ Dan daging burung (yang empuk) yang mereka inginkan “
 “ Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli”
 “ Bagaikan mutiara yang tersimpan rapi”
 “Sebagai ganjaran dari apa yang mereka lakukan”
  “Mereka tidak mendengar di dalam syurga itu omong kosong dan tidak pula perkataan keji”
 “ (Mereka hanya) mendengar ucapan “Selamat, selamat”  “.


Ulama mengatakan orang-orang yang dahulu beriman adalah Khadijah. Begitulah sabda Rasulullah kepada Aishah ketika Aishah cemburu apabila nabi menyebut-nyebut Khadijah selepas kematiannya.  ” Dikala orang-orang lain menolak, menentang dan memusuhi ku , Khadijah beriman dengan ku.”

Adapun orang-orang dari kalngan umat Muhammad yang terdahulu itu adalah ramai yang masuk syurga, manakala umat-umat Muhammad yang kemudian seperti kita ini teramat sedikit yang masuk ke syurga. Ada pendapat mengatakan di dalam 1000 orang 1 yang masuk syurga.

Allah berfirman yang maksudnya: Mereka berada di singgahsana yang bertatahkan emas dan permata. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang kekal muda. (Yang lelaki didalam umur 30an dan yan gwanita di dalam lingkungan 17 tahun).  Mereka membawa piala (sejenis cawan) yang berisi  air “arak”  syurga yang diambil dari sungai di syurga. Arak di syurga amat lazat, tidak memudaratkan, tidak memabukkan dan tidak memeningkan seperti arak di dunia yang diharamkan. Dan buah-buahan dari pelbagai jenis yang mereka pilih. Nama buah-buahan adalah sama seperti buah-buahan di dunia tetapi rasa tidak sama malah jauh lebih lazat yang tidak terhingga. Dan daging dari daging burung yang lazatnya tidak sama tanding dengan daging burung di dunia.

Di dalam syurga ada bidadari bermata jeli. Kalau ia berjalan dan tersingkap kainnya maka boleh nampak tembus ke  tulang sumsumnya lantaran halusnya kulit dan isi tubuh. Di dalam setiap rumah di syurga terdapat 40 bilik dan setiap bilik terdapat 40 katil. Setiap wanita yang bersuami di dunia jika keduanya masuk syurga maka, suaminya adalah bidadaranya dan bidadari suami adalah isterinya. Wanita dan lelaki yang tiada suami/isteri disyurga maka akan disediakan oleh Allah bidadari/bidadara. Bidadari di dalam syurga adalah umpama mutiara yang tersimpan rapi. Apakah perhiasan di dunia ini yang dikawal rapi sehingga perlu pengawal dan bilik kebal?

Di dalam syurga tidak akan kedengaran perkataan-perkataan yang sia-sia seperti memaki hamun dan menyakitkan hati serta menyinggung perasaan. Di dalam syurga dihiasi dengan perkataan salam dan ucap selamat.

Di dalam syurga terdapat mahligai yang lengkap dengan pintu-pintu  gerbang dengan nama mengikut nama amalan-amalan hamba yang beriman. Kalau kita cukup amalan dan cenderung  solat - solat sunat maka pintu solatlah yang akan terbuka untuk kita. Kalau kita cenderung berpuasa disamping tidak tinggalkan fardu yang lain maka akan terbukalah pintu puasa dan begitulah seterusnya.

Sahabat Rasulullah, Saidina Abu Bakar Assiddiq akan memasuki pintu gerbang dari mana-mana yang dia suka. Semua pintu adalah terbuka untuknya kerana amalannya di dunia semuanya adalah yang terbaik. Abu Bakar cenderung di dalam semua ibadah. Kalau dia solat, ia adalah ahli solat yang terbaik, Kalau dia bersedekah, hanya Allah dan Rasul sahaja yang tahu. Kalau dia berperang, dia adalah pejuang yang terhebat dan begitulah dengan ibadat-ibadat yang lain. Namun hadis sahih ini mendapat tentangan dari kalangan sahabat yang membuatkan kesahihannya tidak kuat.

Fatimah bertanya kepada ayahnya , Rasulullah siapakah wanita pertama yang masuk syurga. Sabda Rasulullah “ Seorang yang bernama Atiqah”. Fatimah tidak berpuas hati dan pergi mencari rumah Atiqah untuk menyelidiki siapakah Atiqah ini. Kali pertama Fatimah datang, Atiqah kata “ Aku tidak diberi keizinan untuk membenarkan kamu masuk”. Kemudian Fatimah datang keesokan harinya bersama anaknya. Kata Atiqah “ Aku hanya diberi keizinan untuk membenarkan kamu sahaja masuk, bukan anak kamu”. Maka Fatimah pun pulang semula dan datang keesokan harinya dan dibenarkan masuk oleh Atiqah. Fatimah lihat tidak ada apa yang menarik dan pelik atau istimewa dilakukan oleh Atiqah. Hanya bila tiba waktu petang,  Atiqahpun   menukar pakaiannya kepada pakaianyang amat seksi dan menggairahkan dengan membawa segelas air, sebatang rotan dan sehelai tuala kecil lalu  berdiri di pintu. Fatimah bertanya untuk apakah kamu berbuat sedemikian. Kata Atiqah “ Aku sediakan air ini adalah untuk suami aku minum ketika kehausan pulang nanti. Tuala ini adalah untuk mengelap peluh suamiku. Aku berpakaian begini adalah untuk suamiku. Rotan ini adalah aku sediakan untuk suamiku sekiranya layanan aku tidak memuaskan hatinya atau ia tidak berpuashati denganku.”

Ada riwayat mengatakan bahawa Atiqah di dalam cerita di atas adalah wanita yang memegang tali pacu kuda yang ditunggangi oleh Fatimah ketika masuk syurga nanti, dan Rasulullah menjawab pertanyaan Fatimah secara bergurau apabila ditanya oleh Fatimah.

Di dalam syurga , ada satu tempat yang manusia lain tidak boleh pergi  melainkan Nabi Muhammad s a w. sahaja boleh pergi dan masuk.

Di akhirat kelak akan terdapat ahlu yamin di dalam syurga dan ahlu siman di dalam neraka. Ahlu Yamin adalah yang positif, yang Mahmudah manakala Ahlu Siman adalah yang negatif, mazmumah.

Adapun orang yang terakhir masuk syurga adalah orang yang terakhir keluar dari neraka, Iaitu orang Islam beriman yang melakukan dosa dan timbangan dosanya lebih berat dari pahala. Dalam sebuah riwayat, ia seorang lelaki. Semasa keluar , ia jalan sesekali secara bertatih, kemudian berjalan jatuh,  ( Didalam tazkirah yang lain lelaki ini hitam legam tubuhnya dan dimandikan dengan  sebuah sungai di syurga) Apabila lepas dari siksaan neraka dia terpandang kawasan syurga. Maka lelaki ini berkata ‘ Ya Allah izinkanlah aku masuk ke kawasan syuga. Nescaya selepas itu aku tidak akan meminta yang lain. Maka Allah perkenankan dan masuklah ia ke kawasan syurga. Kemudian lelaki itu berkata ‘ Ya Allah boleh kah kiranya engkau ciptakan untukku sepohon pokok yang mengalir sungai di bawahnya” Allah kata “ tadi kamu kata kamu tidak meminta yang lain. Nanti kalau aku tunaikan tentu kamu meminta lagi yang lain.Kata pemuda itu, Aku berjanji Ya Allah, aku tidak akan meminta yang lain.

Maka Allah tunaikan permintaan lelaki tersebut dengan menumbuhkan sepohon pokok di syurga dan terbit sungai yang mengalir di bawahnya.  Kemudian Allah menumbuhkan lagi sepohon pokok dan sungai di tempat lain yang  jauh lebih cantik dan hebat dari sebelumnya. Kemudian lelaki itu meminta lagi seperti soal jawab yang tadi. Akhirnya Allah perkenankan.

 Dan Allah Tumbuhkan lagi pokok dan mengalir sungai dibawahnya berhampiran dengan pintu syurga. Lelaki ini meminta kepada Allah akan pohon tersebut dengan janji dan soal jawab serupa. Dia asyik berjanji untuk tidak meminta yang lain tetapi tidak ditepati dan Allah Maha pemurah menunaikan permintaannya. Apabila berada di pohon berhampiran pintu syurga lelaki ini terdengar  pula bunyi-bunyian yang sangat merdu dan suasana yang sangat indah disebalik pintu syurga. Maka lelaki itu memohon kepada Allah untuk masuk ke dalam pintuk syurga tersebut. Allah berfirman. “ Masuklah kamu ke dalam syurga yang seluas langit dan bumi itu”. Ada pendapat yang mengatakan keluasannya adalah sembilan (9) kali ganda langit dan bumi.


Kisah Batang Kurma dengan Nabi:

Rasulullah selalu duduk/berdiri di atas sebuah batang kurma untuk berkhutbah. Pada suatu masa seorang sahabat telah datang kepada Rasullullah dan menyediakan tempat khutbah yang lebih baik dan selesa untuk Rasulullah.  Pada suatu hari apabila Rasulullah  sedang berkhutbah , ia terdengar bunyi tangisan yang sayu seperti tangisan anak unta. Apabila Rasulullah mengamati, rupanya suara tangisan itu adalah dari batang/tunggul kurma yang Rasulullah telah tidak gunakan lagi untuk berkhutbah. Maka Rasulullah terus datang ke Batang Kurma tersebut dan memeluk batang kurma, barulah ia diam dan berhenti menangis. Kata Rasulullah “ Jika aku tidak peluk batang kurma ini maka ia akan menangis hingga hari kiamat. Ini menggambarkan bukan sahaja sahabat-sahabat yang terlalu mencintai Rasulullah, malah segala yang ada langit dan bumi amat mencintai Rasulullah. Cintakah kita kepada Rasulullah?”


Di dalam sebuah riwayat,  Ketika akhir riwayat Rasulullah, baginda dipangku di riba Aishah. Dan ketika akhir nyawanya, Air liur Rasulullah bercampur dengan air liur Aisyah.

Sebuah hadis riwayat Ibnu Majah:

Seorang yahudi yang mengamalkan kitab nabi Isa, bernama Abdullah Salam apabila mengetahui bahawa  Muhammad sebagai Rasul terakhir telah datang berjumpa Muhammad untuk membuktikan kebenaran Rasulullah dengan bertanya 3 soalan dan dijawab oleh nabi dan tepat jawapan ketiga-tiga  soalan tersebut:

Apakah makanan pertama yang dimakan oleh Ahli syurga ? Jawab Nabi “ Hati ikan jaws (yu)
Apakah tanda kiamat? Kata nabi “ Ada api yang bergerak dari timur ke barat"
Bagaimanakah rupa anak boleh serupa dengan rupa bapanya dan bagaimanakah rupa anak boleh serupa dengan rupa ibinya? Jawab Nabi “ Kalau sperma (benih) bapa lebih dominan maka rupa anak akan mirip rupa bapa manakala jika benih ibu lebih dominan maka wajah anak akan serupa dengan wajah ibu.”

Kenapa Allah haramkan babi ?

Berbagai kajian telah dibuat . Antara salah satu kajian  ialah:  Dua ekor babi jantan di letakkan di dalam kandang bersama dengan babi betina, manakala dua ekor ayam jantan diletakkan bersama seekor ayam betina di dalam reban yang lain. Didapati dua ekor babi jantan telah mengawan/bersetubuh dengan seekor babi betina secara bergilir-gilir, tetapi Dua ekor ayam jantan tidak   berkongsi mengawan/bersetubuh dengan seekor  ayam betina. Maka sikap manusia yang memakan daging  haiwan-haiwan berkenaan akan diengaruhi oleh sifat daging haiwan-haiwan berkenaan yang dimakan.

Home



Uz Drs Rejab UNIKL - 19 Januari 2013.

Surah Mujadalah ayat 11-.....Ayat menerangkan Allah meninggikan darjat menuntut ilmu…
Tradisi menuntut ilmu. Riwayat- Apabila melihat tingginya ilmu Imam Maliki (pemilik Mazhab Maliki) yang telah menulis kitab Al Muatakh,  Sultan /Khalifah HArun Al Rashid Terkejut dengan tindakan dan ketegasan Imam Maliki yang enggan datang ke istana apabila diundang oleh sultan untuk mendidik putera-puteranya bagi mengkaji kitab Al Muatakh tersebut. Kata Imam Maliki semoga Allah memberkati niat dan maksud tuanku tersebut. Ilmu ini datang dari Baitul Nubuwah iaitu rumah kenabian. Kalau hendak ilmu kena datang kepada Ilmu. Ilmu itu di datangi bukan mendatangi. Kalau kamu memuliakan Ilmu maka Ilmu akan memuliakan kamu. Kalau kamu merendah-rendahkan ilmu maka Ilmu juga akan merendah-rendahkan kamu.

Maka Khalifah Harun Al Rashid akur dengan Imam Maliki menyuruh anak-anaknya datang ke Masjid tempat Imam Maliki mengajar. Imam Maliki tetap juga memberikan syarat kepada anak-amak khalifah iaitu , putera2 khalifah jangan melangkah jemaah yang datang lebih awal. Duduk sahaja di mana tempat duduk yang kosong yang ada. Begitulah ketegasan Imam Malik dalam memuliakan Ilmu walau dengan Amirul Mukminin. Dia tidak mahu ilmu diperlecehkan.

Seorang Gabenor pernah berkata berkenaan seorang ulama bernama Imam Hassan Albasri “ Aku tak perlukan dunia lebih dari aku memerlukan Imam Hassan Al Basri sedangkan dia tidak memerlukan dunia lebih dari mementingkan Ilmu. Ulama Dahulu kala sanggup mengembara keseluruh dunia demi untuk dapatkan sepotong hadis yang singkat/pendek. Sebab itu Darjat dan martabat ilmu terdahulu begitu tinggi. Dicampak walau ke mana2 sahaja mereka akan membawa cahaya dam memberi hikmah.  HAMKA pernah dipenjara oleh presiden Soekarno. Namun semasa di dalam penjara beliau telah menulis dengan lengkap kitab tafsir Al Azhar yang menjadi rujukan kita sekarang ini.

Rasulullah s  a w  bersabda: Hati ini berkarat seperti besi yang berkarat. Maka hendaklah selalu menggilapnya dengan membaca AlQur’an, berzikir, duduk di dalam majlis ilmu, menyebarkan ilmu mengingati mati, dan rajin bangun malam berqiamullail. Maka hati akan berkilat semula. Kelebihan orang berilmu dengan ahli ibadah adalah ibarat kelebihanku berbanding orang yang paling kerdil/  rendah ilmunya di kalangan kamu.

Kata Muaz bin Jabal, carilah ilmu kerana takutkan Allah kerana itu merupakan tasbih dan membicarakannya merupakan jihad. Ilmulah sahabat karib kita di kala kita kesunyian.  Hanya dengan ilmu Allah akan mengangkat darjat  sesuatu umat. Para pemimpin di zaman sahabat adalah pemimpin yang paling tinggi kualiti ilmunya. 80%  kualiti sesebuh rakyat terletak  pada pemimpin. Rendah Ilmu pemimpin maka rendah lah taraf darjat keseluruh rakyatnya.  Busuk ikan bermula dari kepala. Nak tengok ikan baik ke atau tidak orang akan tengok di bahagian kepalanya iaitu insang. Kalau rosak kepala maka rosaklah keseluruhan ikan tersebut. Kalau pemimpin rosak dan tak berkualiti maka rosaklah rakyat dan negaranya.

Imam Ahmad Hanbali (mazhab Hanbali) amat memerlukan ilmu berbanding makan. Kita perlukan makan tidak lebih dari 3 atau 4 kali sehari tetapi kita perlukan ilmu setiap saat.
Katya Imam Syed Al Qudri, katakanlah kebenaran walaupun pahit. Dia telah menegur khalifah Marwan kerana cuba menukar pembacaan khutbah sebelum solat aidil adha.

Ada seorang ulama terdahulu telah dipenjara kerana menghalang khalifah  yang hendak menyelewengkan nas / hadis Rasulullah. Sheikh Alkhidr Hussain telah menghalang Khalifah muhammadiah untuk mengisytiharkan supaya harta pusaka dihbahagi sama rata diantara lelaki dan perempuan. Sheikh Alkhidir al Hussin telah datang berjumpa khalifah untuk tarik balik  perisytiharan tersebut. Jika tidak Sheikh akan bersama-sama para  pelajar Universiti Al azhar berdemontrasi dengan kain kapan dan akan berdemonstrasi sampai mati. Maka presiden minta maaf dengan ulama tersebut tetapi ulama khidir meminta supaya khalifah buat kenyataan maaf dan tarik balik arahan secara terbuka di khalayak ramai dengan hebahan media massa. Maka khalifah muhamad najib fasha pun membuat kenyataan di akhbar untuk melaksanakan permintaan tersebut.

Kata Yusuff Al Qadhawi, betapa naifnya ulama yang mendambakan keduniaan  dari umara; dan umara yang mementingkan dunia daripada ulama.

Uz Nazri - 17.01.2013 -  Khamis malam Jumaat

Menceritakan pengalamanya berada di palestin sebelum, semasa dan selepas peperangan serta serangbalas pejuang Hamas ke atas palestin selama 8 hari melalui tayangan LCD.
Allah telah berfirma di dalam Alqur’an: Jika kamu tidak tolong agama kamu, Allah boleh  tolong agamanya  sendiri.

Tetapi ...sanggupkah kita melihat kanak-kanak kecil di bunuh dengan kejam setiap hari.
Namun demikian pejuang2 Hamas di Palestin begitu tinggi keyakinan mereka terhadap agama Allah. Begitu lah juga keyakinan umat2 terdahulu. Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad s a w meninggalkan sejarah yang besar, banyak dan tinggi nilainya di bumi Anbiya palestin. Di bumi ini jugalah menyebabklan umat Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Apabila ditanya oleh nabi mereka kata berpuasa  kerana sempena kemenangan Nabi Musa menghadapi tentera Firaun yang tenggelam di laut merah. Nabi menempelak mereka ‘ Tetapi kamu telah menyeleweng, apa gunanya kamu berpuasa.

Maka serangan pertama ke atas Palestin apabila bom dijatuhkan ke Palestin juga dilakukan oleh yahudi tepat pada 10 Muharram. Serangan dilakukan tanpa amaran tanpa isyarat dan tanpa apa2 kesalahan disaat rakyat sedang kerja dipejabat dan sekolah dan tiada apa-apa pun yang berlaku. Maka serangan yahudi telah membinasakan pejabat, kediaman dan nyawa kanak dan orang2 Islam yang tidak berdosa.

Maka dengan keyakinan dan semangat Juang Islam yang tinggi, pejuang2 Hamas telah membuat serang balas selama 8 hari. Melalui rakaman oleh pejuang palestin dan hebahan tv Israel sendiri telah berlaku keajaiban di dalam serangan tersebut. Di mana peluru yang keupayaan hanya 30km, boleh sampai dan jatuh ke markas dan kawasan Istael. Dari Tayangan ada peluru dari pejuang hamas yang telah berjaya dipintas oleh penangkis peluru berpandu istael dan meletup di udara...tetapi peluru berpandu Hamas tetap jatuh meletupkan  kawasan dan bangunan Israel .  Sebuah Helikopter dan Kereta kebal Israel juga telah musnah disamping tentera2 israel yang terkorban dan bertempiaran. Dari rakaman video jelas terbukti bahawa tentera2 israel ini adalah pengecut. Mereka hanya berani menyerang orang2 yang lemah.  Nampak di dalam tayangan begitu dashyat serangan peluru dari Hamas. Inilah yang dikata apabila Allah telah mengirim bala tenteranya untuk menentang kezaliman. Adapun tentera yang dignakan oleh Hamas adalah M73. Ada yang berpendapat pejuang2 palestin bertopeng adalah untuk melindungi identiti mereka kerana ada dikalangan mereka yang sebelah siangnya bekerja di pejabat2, di firma2 termasuk guru, doktor dan sebagainya disamping pejuang sepenuh masa. Mereka tidak mahu dikenali oleh talibarut-talibarut yahudi yang juga berada di kalangan mereka.

Serangan demi serangan in telah membuatkan Israel mengaku kalah. Benjamin Netanyahu telah mendesak Presiden Amerika untuk memujuk Presiden Mesir, supaya presiden Mesir memujuk pejuang Hamas supaya berdamai. Hamas telah mengemukakan syarat2 yang Israel terpaksa bersetuju, sebagaimana yang telah diberitakan.

Bumi Palestin adalah bumi para anbiya. Namanya telah diabadikan di dalam surat At Tin. Watini wazzaituni wa tuni sinin yang merujuk kepada Palestin, Nabi Ibrahim, Musa, Isa dan Muhamad s a w.. Di sana jugalah tempat lahirnya Imam kita , Imam Syafiee (Mazhab Syafie)
Rasulullah menyeru umatnya supaya berjihadlah dengan harta benda terlebih dahulu sebelum berjihad dengan jiwa dan raga. Kalau kita rela memperjuangkkan harta benda, maka kita juga sanggup berjuang dengan jiwa dan raga kita demi agama Allah yang suci ini.
Kelebihan masyarakat di palestin adalah tiada seorang pun di antara mereka yang menadah tangan meminta sedekah. Mereka sanggup mengumpul sampah untuk dijual  dari meminta sedekah.  Suasana hidup mereka cukup tenang walaupun kanak2 ditengah2 tempat tinggal yang daif.

Jiwa sesiapa yang berada di sana akan merasa tenteram dan tidak akan mahu pulang lantaran ketenangannya, walaupun berada ditengah2 medan peperangan. Kesuburan tanah di Palestin mula menyerlah dan kini menjadi tempat paling subur di dunia. Terdapat buah2 zaitun, kurma, tin dan sayuran2 yang terdapat di Malaysia tetapi lebih segar berbanding di Cameroon Highland. Begitu segar buah strawberry , lemon, pisang gred tinggi dsb. Mungkin ini yang disebut oleh Rasulullah apabila menjelang Kiamat Bumi paling rendah dan padang pasir  didunia akan menjadi bumi yang paling subur. Dari tayangan, kelihatan para jamaah solat subuh begitu ramai, memang seramai jemaah pada solat Jumaat. Memang benarlah kiranya sumpahan umat Yahudi bahawa Islam tidak dapat mengalahkan Yahudi sehingga jemaah solat subuh menyamai jumlah jamaah solat Jumaat.

Hanya satu kesedihan iaitu Palestin tidak ada matawang sendiri yang terpaksa meggunakan matawang Israel.  Ikan2 dan tangkapan laut begitu segar dan berkualiti tetapi mereka terpaksa membayar dengan harga mahal kerana kos minyak, bot dan sebagainya yang tinggi.

http://tintarenungan.blogspot.com/p/blog-page_15.html

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej