Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, April 28, 2018

Bekas perdana menteri tidak dapat bendung perasaan sebak dalam sebuah FILEM PENDEK


Bekas perdana menteri tidak dapat bendung perasaan sebak dalam sebuah FILEM PENDEK ( WAYANG ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿคฃ ) bersama dua kanak-kanak.
ATUK MENGAKU SAJA LAH
Saya tertarik dengan klip drama pendek Atuk Mahathir ni. Sangat menyentuh perasaan walaupun luka-luka kecil lain masih terasa juga.
Kalau atuk benar-benar salah, mengaku je la mana salah tu. Kes bailout? Kes bagi projek kat kroni? Kes Forex? Kes memali? Kes ISA pemimpin pembangkang? kes pecat Hakim? Kes kurangkan kuasa Raja-Raja Melayu? Kes liwat Anwar?
Sebaiknya jika Mahathir benar-benar Insaf, dia patut mulakan dengan mengakui apa kesilapannya yang lampau dan betulkan sejarah yang salah. Hingga kini sejarah merekodkan yang Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana meliwat. Ust Ibrahim Libya ditembak mati kerana cuba memberontak. Sejarah ini perlu diperbetulkan.
Bukan sekadar buat drama cerita "ini mungkin salah atuk".... "Mungkin" macam taknak mengaku je. "Mungkin" itu bukti masih ada ego. "Mungkin" itu tanda dia masih salahkan orang lain. Semua salah orang lain, bukan salah dia.
Kita boleh maafkan Mahathir, tapi beliau perlu jujur pada diri sendiri dan rakyat. Malah lebih menyedihkan, drama beliau ini lebih menekankan bahawa "atuk hidup tak lama lagi", sebab tu dia minta diberi peluang sekali lagi untuk jadi PM.
Pelik, selalu orang yang jadi PM nie adalah orang yang rasa nak hidup lama lagi. Apa pun, hidup mati ketentuan Allah. Kita boleh perbetulkan atau akui kesilapan tanpa perlu tunggu dapat jawatan Perdana Menteri.
Soal hidup dan mati tak perlulah jadi bahan politik propaganda macam ni. Kita doakan Mahathir panjang umur supaya dia ada peluang baiki sejarah yang silap ditulis pada zaman beliau, tapi kita tidak perlu dia jadi PM sekali lagi. Noktah.
Herman Samsudeen
Keramat
29 April 2018

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej