Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, April 22, 2018

PKR semakin berkocak


(Malaysiakini) – PKR semakin berkocak.
Selepas spekulasi Tian Chua keluar parti tidak menjadi kenyataan, Otai Reformis pula tampil membidas Ketua Wanita Zudaida Kamaruddin, Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali, dan pasukan ‘Kartel’.
“Pemilihan calon bagi DUN negeri dan parlimen yang diputuskan oleh presiden parti tidak perlu dipertikaikan lagi, khususnya dari kumpulan pendesak ketua wanita dan pasukan timbalan presiden yang dilabelkan Kartel.
“Otai Reformis 1998 dan aktivis-aktivis parti PKR menentang keras ugutan dan penentangan terhadap keputusan presiden.
“Dasar pemilihan calon telah ditetapkan KPI yang digariskan telah diambil kira serta pengorbanan calon pada tahun tahun sebelumnya diambil kira,” kata setiausaha kumpulan veteran aktivis reformasi 1998 itu, Shaiful Ariffin.
Dalam kenyataan petang semalam, Shaiful berkata Datuk Seri Wan Azizah Ismail telah membenarkan semua saluran sedia ada untuk mengemukakan senarai calon.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej