Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, April 14, 2018

Tasauf ammarah nafsu lawwaamah


Seawal awal iman itu sesal, risau, cerca.

Seawal awal iman itu sesal, risau, cerca.
Bayan .... org yg tidak merasa apa apa bila melakukan kejahatan dan maksiat , itu dipanggil nafsu Ammarah Bis Suuuk. Nafsu paling keji, dan siapa yg berada di peringkat ini.. dikira tiada iman.
Manakala seseorang itu sudah mula rasa menyesal, risau dan mencerca dirinya apabila dia sengaja atau tidak sengaja melakukan kejahatan dan maksiat, maka iman sudah mula melekat pada dirinya.
Peringkat ini dinamakan peringkat NAFSU LAWWAAMAH ( Mengkritik, mencerca ). Selepas dia melakukan kejahatan dan maksiat... dia akan rasa menyesal dan terus mengkritik dirinya... malahan mencerca dirinya. Bukan setakat dirinya yg melakukan maksiat akan dikritik dan dicerca.... dia melihat org lain buat kejahatan pun dia akan kritik.
Jangan hairan dengan perangai org sebegini... memang peringkat nafsu Lawwaamah ini... perangainya begitu.... JANGAN RISAU !
Kalau dia tak ada langsung rasa menyesal, mengkritik... dia akan dikira duduk di peringkat nafsu Ammaarah yg jahat.... !
Keadaan nafsu peringkat ini tidak stabil.... dia mungkin akan jatuh semula ke peringkat AMMARAH .....itu yg kita takut.
Peringkat ini... masih tidak lepas dari kejahatan dan maksiat. Masih mengumpat, masih ada sifat ajub, takabbur, riak, sum'ah dan sifat sifat tercela yang lain. Tetapi dia sudah rasa risau dan menyesal atas apa yg dilakukan.
Wajib menjadi fardu 'Ain... sesiapa yg masih berada di peringkat ini berusaha mensucikan diri ... berusaha dengan cara dan jalan guru guru tasauf agar sifat tercela ini dapat dikikis.
INGAT ! ADALAH MENJADI FARDU AIN !
Sebab itu ... kita tak payah nak hairan dan ajaib kalau kita ketemui org yg pakai lebai dan serban dan selalu solat, pergi haji ... tapi masih lagi mengumpat, mengeji, riak , takkabbur dan lain lain sifat keji. Ini disebabkan dia masih lagi berada di peringkat LAWWAAMAH. TIDAK MENGHAIRANKAN !!!
Sifat sifat itu akan hilang bila para SAALIK telah mencapai tahap NAFSU MULHAMAH.
Bukannya senang nak kikis sifat sifat ini, kerana setiap peringkat nafsu, ada 70 ribu hijab atau aqobah atau halangan. Halangan halangan itu terdiri dari 4 unsur, yakni halangan dari DUNIA, halangan dari MANUSIA, halangan dari NAFSU dan juga halangan dari SYAITAN.
Guru guru tasauf telah membuat berbagai formula dan jalan (toriqat) untuk tujuan mensucikan hati ini.
Carilah guru guru yg arif dan yg mengajar ilmu ilmu tasauf untuk mendalami lagi hal hal begini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej