Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, April 23, 2018

JIKA PAKATAN HARAPAN KALAH.... Oleh: Dr Tanaka Mustafa


JIKA PAKATAN HARAPAN KALAH....
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) PKR, jangan leceh. Dekat dengan masa berperang dah ni, hangpa duk lawan tibai sesama sendiri pulak. Tanda-tanda PKR Selangor nak tumbang ka ni? Apapun, Presiden PKR ada kuasa. Jangan lah duk lawan. Walak laa kat Presiden.
2) Yang dikatakan Kartel Azmin tersebut lebih cenderung untuk bekerjasama dengan PAS. Pencantasan yang dibuat mungkin untuk mengurangkan sabotaj daripada mereka-mereka itu jika PKR menang kelak di Selangor. Inilah nasihat yang Presiden dapat.
4) Tapi saya tak risau sangat krisis dalaman PKR. Orang kata, krisis akan mematangkan. Krisis akan melahirkan pemimpin yang hebat. Lalu, berkrisislah kita semua. Bwahahahaha...
5) Yang saya khuatir adalah krisis pasca pilihanraya, antara PPBM dan DAP. Sebab kedua-dua parti ini memang berbeza secara doktrinasinya. Cuma berpakat untuk menang menjatuhkan common enemy - Najib dan BN. But, after that? Yes, sebagaimana telah terjadi antara PAS dan DAP sewaktu dalam Pakatan Rakyat.
6) Samada menang, atau kalah, mereka akan mula retak dan bercakaran. Jika menang, ia adalah percakaran merebut jawatan dan laba kemenangan. Itu biasa. Sesuatu yang manageable. Jika kalah, mereka akan saling salah menyalahkan sesama sendiri. Kita tengok kepada 'jika kalah', apa yang mungkin berlaku...
7) Berbeza dengan krisis PAS-DAP, PPBM tiada 'parasit' yang akan memihak kepada DAP. Mereka akan buat total rejection kepada DAP - jika berlaku pertelingkahan. Sedangkan PAS ada sebahagian ahli dan pimpinannya dahulu memihak kepada DAP, lalu PAS berpecah kepada AMANAH.
8 ) Andai berlaku demikian, PPBM akan menyisih daripada Pakatan Harapan, tanpa perlu adakan mesyuarat agung - sebagaimana PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR melalui muktamar. PPBM hanya akan membuat press conference untuk putuskan hubungan daripada Pakatan Harapan. Next station? They'll not survive without UMNO. Mungkin akan rejoin UMNO.
9) Bagaimana pula DAP? Setelah berpecah dengan PPBM, DAP juga akan mengalami pertelingkahan dalaman - akibat ijtihad mereka bertahaluf dengan PPBM dan tidak menggunakan logo roket.
10) PKR akan bertelingkah sesama PKR sendiri. Jadi kita tidak akan mampu menjadi penghubung antara DAP dan PPBM untuk mengelakkan Pakatan Harapan berpecah. Dalam hal ini AMANAH sahaja yang dilihat clean dan clear daripada pertelingkahan, mungkin. Saya tidak dapat ramalkan Presiden AMANAH akan berpihak kepada siapa, DAP atau PPBM.
11) Bacaan ini bukan untuk merasuk anda supaya bersangka-buruk sesama kita. Ia adalah sekadar peringatan, supaya ia tidak berlaku demikian. Amat buruklah keadaan sedemikian jika berlaku. Jika kita tak mampu menang, sekurang-kurangnya kita mahu lihat BN kalah. Kibarkan bendera PKR!
Sekian

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej