Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, April 16, 2018

Ibu muda bagi pendapat


Ibu muda bagi pendapat :
Selaku Ibu muda dengan anak 2. Mestilah saya cari manifesto yang dekat dengan saya selaku ibu muda. hehe
.
1. Menghapuskan GST. Tipulah jika awak kata tak terbeban dengan GST. Ofkos Saya terasa. PAS cadangkan agar GST mansuh. Ganti dengan Cukai kepada kepada orang kaya macam Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Saham Malaysia. Sebab kita yang umur bawah 30 ni. Anak nak membesar. Memang struggle! huhu
.
2. Melupuskan hutang PTPTN. Ini sangat menarik tapi ada yang lebih menarik! Tahu apa? Pelupusan ini permulaan kepada pendidikan percuma yang PAS rangka dalam perancangan jangka panjang PAS. Ada dalam Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS). Tentulah saya nak anak nanti boleh dapat pendidikan percuma.
.
3. Rumah mampu milik. Untuk masa depan anak. Semestinya nak ada rumah sendiri. Yang penting nak rumah yang ada 3 bilik. Sebab apa? Sebab nak elak masalah sosial. Supaya anak lelaki 1 bilik. Anak perempuan 1 bilik.
.
4. Yang ini paling saya suka! PAS nak wujudkan Pusat Komuniti Keluarga Sejahtera (PKKS) Fokus bagi khidmat kaunseling, perundangan, kemahiran, bimbingan agama dan latihan keibubapaan. Sangat penting benda ni bagi saya. Kalau awak pun suka. Kita geng! Hehe.
.
5. Yang ni tiada dekat parti lain. Integeriti. Saya tak nak anak saya nanti membesar tengok pemimpin yang penuh skandal. Ini kunci kepada pembangunan Negara.
.
Ok. Tu je nak kongsi pandangan selaku ibu muda. Honestly saya mengundi ni memikirkan tentang masa depan anak. Perjalanan mereka masih terlalu jauh.
.
Kepada kawan2 pilihlah pemimpin yang tepat. Yang berintegriti dan mampu memimpin Negara kita dengan baik.
.
kalau tanya saya pilih siapa. Tentulah saya pilih PAS!😍
.
#MalaysiaSejahtera
#KerajaanTeknokrat
#CreateABetterMalaysia

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej