Ini Sebabnya PAS Jadikan Non Muslim Sebagai Calon
Pengisytiharan Calon Gagasan Sejahtera di sini semalam telah menampilkan calon-calon terkemuka berlatarbelakangkan pelbagai bidang termasuk para asatizah, doktor pakar, usahawan, pengurus syarikat dan sebagainya bertepatan dengan hasrat Kerajaan teknorat.
Lebih menjadi tumpuan bila mana PAS turut menampilkan calon non muslim sehingga timbulnya cemuhan provokasi kononnya PAS tidak berprinsip, berdosa memilih calon non muslim dari Parti Islam dan sebagainya.
Lebih menjadi tumpuan bila mana PAS turut menampilkan calon non muslim sehingga timbulnya cemuhan provokasi kononnya PAS tidak berprinsip, berdosa memilih calon non muslim dari Parti Islam dan sebagainya.
Masyarakat khususnya muslim sepatutnya faham PAS bukan anti Cina mahupun India tapi boleh menerima sesiapa sahaja asalkan tidak menentang Islam.
DHPP dilihat lebih menerima dasar Islam berbanding mereka yang kononnya Islam tapi berfahaman sekular.
Cik Kumutha A/P Rahman, 39 sekali lagi dicalonkan untuk bertanding di DUN Johor Jaya dan ini merupakan penglibatan kali ke tiga beliau.
Lebih mengagumkan, penasihat undang-undang itu juga difahamkan belajar memahami Islam dengan mengambil pendidikan Tasawwur Islam membuktikan keseriusannya untuk bekerjasama dengan PAS.
” Harapan saya sekiranya PAS diberi mandat , manifesto PAS akan dilaksanakan dan saya akan bekerjasama dengan pimpinan PAS untuk jalankan tugas saya dengan ikhlas serta kenal pasti masalah penduduk kawasan saya, seterusnya membantu mereka.”
Meskipun bertanding tiga penjuru, tanggungjawab sebagai calon akan tetap dilaksanakan, ujarnya kepada wartawan ketika ditemu ramah.
PRU kali ini menjadi peluang terbaik buat rakyat bangkit melakukan perubahan dengan memberi peluang kepada Islam mengurus tadbir negara secara adil dan baik serta memberi hak kepada yang berhak, termasuk menjaga kepentingan non muslim.
PAS baik, Jangan takut dengan PAS.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej