Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, April 22, 2018

SENARAI PENGKRITIK TEGAR PAS (ala-ala mengaku non-partisan dan atas nama ahli akademik?)

AyobHussin Pulau Keramat shared a post.
4 hrs ·


Yano Dzulkarnain
13 hrs ·

SENARAI PENGKRITIK TEGAR PAS (ala-ala mengaku non-partisan dan atas nama ahli akademik?)

1. Dr Maza
2. Dr Rozaimi.
3. Ustaz Salman Ali.
4. Wan Fyhsal
5. Ustaz Hasrizal
6. Ustaz Abu Syafiq
7. Prof Agus


Wahai sahabat-sahabat penyokong Pas sekalian, tidak perlu kita sibuk ingin menyerang Page mereka, biarkan mereka begitu.

Mari fokus mempromosi "Produk Pas" di kalangan masyarakat.

Senarai di atas itu adalah golongan pembenci tegar Pas. Anda hanya membuang masa anda, tenaga anda di Page mereka.

Jika anda ingin mengkritik kenyataan mereka, buat posting baru secara baik ,snap shot sahaja posting mereka dan kritik satu persatu secara ilmiah kenyataan mereka.

Kita tahu kecerdikan mereka selaku ahli akademik yang bertitle Dr menjadi tumpul apabia mereka memberikan kenyataan mengenai Pas disebabkan mereka sudah membenci Pas. Kita boleh analisa sendiri setiap posting yang mereka buat.

Kenapa saya berkata begitu?

Anda minta lah paling kurang 5 bukti-10 bukti untuk menyokong kenyataan mereka,tapi kebanyakan kenyataan mereka tidak disertakan dengan bukti yang banyak.

Pas bukan parti cikai yang tiada cawangan seperti parti lain. Ahli hampir sejuta, bukan semua malaikat, bukan semua yang pergi usrah. Kenyataan seorang dua tidak boleh dijadikan kenyataan rasmi Pas.

Sahabat sahabat sekalian, kita hanya ada masa 17 hari lagi, baik kita fokus kepada kebaikan yang Pas ada.

Sekuat mana mereka mengkritik Pas,menghentam Pas siang malam, akhirnya hanya Pas sahaja yang membuktikan pentadbiran Pas bersih daripada salah laku.

Dunia politik ini seperti ibarat dunia bisnes juga. Sesiapa yang paling berjaya buat marketing tentang kelebihan produknya,bisnes dia adalah paling percaya. Begitu juga politik.

Jom fokus promote "produk Pas".

Kita ada DUA KELEBIHAN TERBESAR yang tiada di dalam pakatan harapan dan barisan nasional.

Fokus pada dua ini. Satu, Pas adalah satu-satunya yang ada KOMITMEN yang sangat tinggi terhadap menjaga orang islam dan islam di Malaysia. Setiap keputusan parti dibuat adalah melalui syura ahli(muktamar 7000 cawangan) dan melalui majlis syura ulama'

Kedua, pentadbiran Pas adalah bersih daripada tuduhan rasuah dan salah laku.

Fokus.Fokus.Fokus.

Sekian.

Mat Rodi.
22 April 2018

Tolong share agar sampai pada semua penggerak Pas

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej