Ini kenyataan dari Khalid Samad sendiri
"Tiada arahan PAS amal bai'ah talak tiga "
Diterbitkan 12 Nov 2009
" Dari sudut strategi peperangan ianya menzahirkan satu tekad yang teramat tinggi agar berjuang berhabis-habisan agar mencapai kemenangan. Tindakan membakar kapal-kapal ini adalah bertujuan untuk menghalang tentera Islam dari memikirkan pilihan untuk berpatah balik, berundur dan lari dari pertempuran.
Melarikan diri dari pertempuran merupakan satu tindakan yang jauh lebih besar dan jelas haramnya! Dengan membakar kapal-kapal ini Tariq menjadikan persoalan berpatah balik sesuatu yang tidak mungkin kerana yang ingin berpatah balik akan terpaksa berenang merentasi Lautan Mediterranean.
Oleh yang demikian, lafaz cerai taklik dalam soal menjadi calon adalah bagi saya dan isteri seperti ibarat tindakan Tariq Ibn Ziyad. Sepertimana tindakan Tariq membakar kapal-kapal dengan bertujuan menghalang berlakunya kemungkinan untuk lari dari medan pertempuran, lafaz taklik bertujuan menghalang berlakunya lompatan khianat dalam politik. Sekiranya ingin melompat, akan jatuh talak tiga dan ini seolah menyerupai tindakan memilih untuk berenang merentasi Lautan Mediterranean.
Sesuatu yang tidak dapat digambarkan kepayahannya, apatah lagi melakukannya. Ya, sememangnya talak tiga merupakan satu tindakan yang menggerunkan dan itulah yang diinginkan!
Ia bertujuan merupakan benteng penghalang supaya menyelamatkan calon tersebut dari melakukan perbuatan haram yang jauh lebih besar, iaitu khianat dan derhaka keatas perjuangan dan janjinya.
Lebih-lebih lagi apabila perjuangan itu merupakan perjuangan yang berlandaskan Islam, atau adakah yang masih mempertikai dasar perjuangan PAS?
Kalau ada, semestinya dia tidak layak menjadi calon dan dengan itu akan sendirinya terlepas dari persoalan ini. Ada juga yang berkata bahawa tindakan seperti ini menzalimi isteri. Namun ia hanya menjadi zalim sekiranya calon itu khianat dan berpaling tadah! Sekiranya calon tersebut istiqomah di dalam perjuangan, tiada kezaliman yang berlaku.
Manusia yang sanggup melompat dan dengan itu menzalimi bukan sahaja partinya dan rakyat yang telah menyerahkan amanah kepadanya, tetapi sekaligus isteri kesayangnya melalui talak tiga ini, manusia sebegini sememangnya layak dilaknat Allah, para Malaikat dan seluruh yang melaknat.
Masyarakat seluruhnya akan melihat betapa khianatnya manusia ini, demi jawatan, pangkat dan wang sogokan. Dengan itu, sudah pasti dia akan dikutuk kerana sifat khianatnya yang begitu terserlah melalui kesanggupan mencerai talak tiga isterinya demi semua itu.
Tiada pihak dalam Pas mengaku keluar arahan bai'ah talak tiga
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_06.htm#ixzz5Czkr0h00
© Utusan Melayu (M) Bhd
https://www.malaysiakini.com/news/117327
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej