Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, August 17, 2014

Budaya Kuffar Dijadikan Kemegahan

~Budaya Kafir~

Raya kali ni, merata saya pergi beraya atau diziarahi, Alhamdulillah..

Bila saya pergi beraya, saya akan bawa anak hero saya yang seorang ni.

Selalunya orang akan tanya siapa namanya?

Saya jawablah "Muhammad Zakariyya".

Kebanyakan daripada mereka akan terasa "pelik" dengan nama tu sebab maklumlah, nama tu kan kedengaran "kuno" + "kekampungan" seolah-olah mereka berkata.

"Ada lagi orang zaman sekarang bagi nama anak macam tu?"

Nama-nama budak zaman sekarang ni kan banyak nama merapu meraban meroyan dan ala-ala Western...

Mana ada orang Melayu zaman sekarang nak letak nama anak diorang guna nama "Islam" macam zaman dulu...

Nama macam Harun, Ayyub, Ismail, Aminah, Juwairiyyah, Sakinah dan lain-lain ni dianggap "kuno" dan tak sesuai lagi.

Zaman sekarang ni semuanya nak letak nama fancy-fancy, pelik-pelik...

Qalisha, Qaisha, Quisha, Awani, Qamelia, Natasha, Shasha, Qistina, Scha, Fazura, Fazira, Julia, Juliana, Juling-juling.. entah apa nama lagi lah...

Yang lagi menyakitkan mata, bila nama tu diletakkan pulak title ala-ala orang putih macam Hudson, Evans yang bersepah-sepah kat Fb ni...

Semua orang Melayu tergedik-gedik nak jadi orang putih...

nak rambut kuning macam diorang,
nak pakai baju tali sangkut macam diorang,
nak pakai seluar nampak bulu roma paha macam diorang,
nak bertindik kat muka macam diorang,
nak buat rambut cendawan macam diorang,
nak buat rambut Trojan macam diorang,
nak pakai Tuxedo, Kot, Tie macam diorang.

Teringin betul orang Melayu nak jadi macam orang Kapir, nak jadi macam orang Yahudi.

Sampai "ostad-ostad" yang keluar kat TV sekarang ni pun dengan bangganya menyarung pakaian Yahudi kat badan diorang dan "berdakwah" atas alasan "iman bukan pada pakaian"....

Dengan rambut cendawannya, dengan topi Maher Zainnya, dengan seluar labuh tutup buku lalinya, dengan T-shirt ala-ala London....

Jubah, serban yang menjadi kebanggaan dan simbol ulama Islam sejak zaman Nabi sampai sekarang.... semua dibuang tepi....

Pastu dabik dada cakap: "kamilah Da'i (pendakwah) alaf baru."

Kita punyalah tergedik-gedik nak tiru budaya hidup orang Kapir, golongan berak tak basuh ni...

Tapi...

Apa yang peliknya...

Takde pulak puak-puak tak basuh berak ni nak tiru budaya kita?

Ada ke korang jumpa kat US ke, kat London ke, kat Perancis ke, Orang putih yang pakai baju kurung? Baju Melayu? Jubah? Serban?

Budaya kafir, semua berlari-lari nak tiru...
Tapi gaya dan budaya hidup Nabi?
Ditinggalkan begitu sahaja...
Bahkan ada pulak mangkuk-mangkuk ayun 10 tingkat yang mencari-cari dalil, nas, fatwa dan sebagainya untuk membuktikan bahawa pakaian yang dicontohkan Nabi ni tak perlu diikuti, ia cuma budaya Arab semata-mata....

Sudahlah tak mau ikut sunnah, pastu carik dalil pulak untuk jadikan hujah supaya umat Islam tinggalkan sunnah-sunnah Nabi Allah.

Macam mana mereka nak berhadapan dengan Nabi kat Mahsyar nanti?

Saya tak bercakap soal hukum, hukum telah jelas, memakai pakaian seperti pakaian Rasulullah itu sunat...

Tak wajib pun...

Tapi saya bercakap soal cinta....

Satu orang pencinta bola sanggup beli jersey mahal dan buat rambut gaya pelik sebab nak tiru macam pemain bola pujaan dia.

Satu orang pecinta Kpop sanggup habiskan ribuan ringgit untuk buat plastic surgery dan sikat rambut ala-ala Korea.

Satu orang pecinta Anime sanggup habiskan ribu ringgit sebab nak pakai baju Cosplay macam watak Anime pujaan diorang...

Tapi bila kita tanya kepada orang yang mendakwa dirinya CINTA pada Rasulullah kenapa tak ikut sunnah-sunnahnya khasnya dari segi pakaian dan penampilan?

Mereka akan jawab: "Ahh, cinta tu dalam hati, bukan pada pakaian."

Orang ini tentu sekali mempunyai special kind of stupidity tentang Hakikat Cinta yang sebenar...

Note: Nanti InsyaAllah, bila anak saya ni dah ada cucu, cikgu dia tanya siapa nama datuk kamu?

Cucu anak saya ni akan jawab: "Muhammad Zakariyya" (ok, sounds normal)

Tapi bila cikgu tu tanya pulak pada kawan cucu anak saya ni, siapa nama nenek kamu?


https://www.facebook.com/thembymhlongo?fref=nf

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej