Tolong... Tolong... Tolong, perbetulkan sejarah gambar ini !!!


Ini BUKANnya jasad Tok Janggut, Haji Mat Hassan bin Munas, tetapi jasad askar sikh yang terkorban semasa Perang Pasir Puteh, Tok Janggut telah diselamatkan Mat kelubi dan dilarikan ke Gua Musang dalam keadaan cedera. Tok Janggut terus hidup dengan menggunakan nama Haji Ahmad dan menetap di Panji Kota Bharu Kelantan, berkahwin dan mempunyai zuriat, hidup sehingga tahun 1969.
Perlu kita ketahui bahawa tujuan jasad ini dipamerkan pada masyarakat Kota Bharu adalah untuk menakutkan orang melayu ketika itu. Penting kita tahu kenapa diarakkan sekitar kota bharu sahaja, Kerana orang Kota Bharu tidak pernah melihat wajah Tok Janggut, hanya mendengar cerita berkaitan perjuangannya sahaja (British gelar pemberontakan).
Sejarah berkaitan gambar ini perlu diterangkan dan dijelaskan, bagi mengelakkan aib pada Haji Mat Hassan bin Munas, dan keturunannya.
sumber: cucu cicit Tok Janggut
Apa yg kita terima dan baca, Tok Janggut telah dibunuh dan mayatnya digantung serta diarak di Kota Bharu. Dengan bersumberkan gambar dan cerita dari penjajah, maka sejarah melayu pun ditulis mengikut kehendak penjajah. Padahal yg sebenarnya mayat yg digantung dan diarak bukanlah Hj. Mat Hassan bin Munas atau Tok Janggut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej