Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, October 20, 2015

DATUK SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

Ayob Hussin shared Zam Usop PA's photo.
3 hrs
Zam Usop PA
14 hrs
SIAPAKAH INDIVIDU HEBAT INI..!!
Latar Belakang
Dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947. Beliau merupakan anak ke-5 daripada 9 orang beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal dunia.
Ayahanda beliau merupakan Tok Guru di Kampung, juga merupakan aktivis politik Hizbul Muslimin. Begitu juga dengan bondanya menjadi tempat rujukan dan tumpuan masyarakat terutama dalam hal-hal berkaitan agama.
Pendidikan
Beliau diberi pendidikan awal daripada ayahnya sendiri pada tahun 1955. Kemudian belajar di Sekolah Rendah , pada tahun 1961. Beliau meneruskan pengajian di Sekolah Arab Agama, selama 5 tahun.
Dari tahun 1965 hingga 1968 beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian peringkat Sanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas)
Di samping itu, beliau belajar agama, bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri.
Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan tajaan biasiswa oleh kerajaan Arab Saudi, dari tahun 1969-1973. Kemudian beliau melanjutkan pengajian pada tahun 1974 hingga 1976 untuk peringkat Ijazah Sarjana Siasah Syariah (MA) dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
Penglibatan antarabangsa
Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah. Selain itu, beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah.
Semasa di Madinah, beliau telah menerima pendedahan pemikiran Ikhwanul Muslimin secara serius apabila dua tokoh Ikhwan, Profesor Dr Muhammad Al-Wakeel dan Sheikh Said Hawwa menjadi mentor Siasah Syar'iyyah beliau. Beliau turut belajar dari Dr. Abdul Satar Al Khudsi yang turut aktif dalam Ikhwanul Muslimin waktu itu.
Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen (bahagian) Syariah dan Undang-undang, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.
Aktif di pentas antarabangsa bersama-sama gerakan Islam lain menangani permasalahan ummah.
1. Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gabungan Parti-parti Politik Islam bagi menangani isu Palestin, berpusat di Amman, Jordan pada 1990.
1. Memberi psokongan terhadapa Harakah al-Muqawwamat al-Islamiyyah (HAMAS)
2. Seiringan berada di pentas bersama-sama kepimpinan HAMAS, Ikhwanul Muslimin dalam membela isu Palestin
3. Mendesak Kerajaan Malaysia mengiktiraf kemenangan HAMAS sebagai kerajaan yang sah.
4. Mengetuai delegasi ahli Parlimen serta NGO Islam untuk memasuki Kota Gaza, namun dihalang.
2. Ahli al-Majma' al-Alami li al-Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiah (Majlis Antarabangsa bagi Pendekatan Mazhab-mazhab Islam), berpusat di Tehran, Iran.
3. Menyertai delegasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Najmuddin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Boutros Boutros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
4. Bersama pemimpin gerakan Islam yang lain ke Baghdad atas jemputan Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussien semasa krisis Perang Teluk.
5. Menyertai delegasi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia yang diketuai oleh Pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Mustafa Masyhur ke Afghanistan, bagi membantu penegakan negara islam dan mengelakkan konflik antara jemaah Islam yang agak retak selepas pengunduran Rusia dari Afghanistan.
6. Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gerakan Islam Sedunia, berpusat di Istanbul, Turki pada 1994.
7. Sering diundang menghadiri Ijtima' Am yang dianjurkan Parti Islam Pakistan (Jamaat-e-Islami), dan beberapa gerakan Islam Indonesia seperti Partai Keadilan Sejahtera dan Partai Bulan Bintang.
8. Pernah menyampaikan ucapan di Seminar Antarabangsa Perpaduan Umat Islam dalam menghadapi masalah Bosnia-Herzegovina.
9. Menjadi wakil ke Muktamar Pertubuhan-pertubuhan Islam Sedunia ke-5 di Istanbul pada 1996.
10. Diberi penghormatan menyampaikan ucapan bertajuk 'Kebangkitan Islam: Kebijaksanaan Menanganinya' di Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam di Tehran pada 24 September 2011. Persidangan yang disertai oleh 700 perwakilan dari seluruh negara umat Islam itu membincangkan konflik terkini yang berlaku di
Asia Barat seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman, Syria dan Palestin.
11. Mewakili gerakan Islam Malaysia ke Kongres Kesatuan Antarabangsa Komuniti Muslim kali ke-22 di Istanbul, Turki pada Mei 2013. Kongres tersebut turut dihadiri oleh pemimpin dari An-Nahdah Tunisia, Rashid al-Ghannushi; dari HAMAS Palestin, Ismail Haniyeh dan Khaled Meshal; dari Ikhwanul Muslimin Mesir, Muhammad Badie; dari Jamaat-e-Islami Pakistan, Syed Munawwar Hassan; dan dari Ikhwanul Muslimin Syria, Riyadh al-Sakfa. Kongres tersebut turut menerima ucaptama dari dua pemimpin Negara Islam, Dr Mohammed Mursi (Mesir) dan Mahmoud Ahmadinejad (Iran).
Pengiktirafan antarabangsa
Beliau telah dianugerahkan dengan anugerah 'Tokoh Alim Rabbani' oleh Universiti Islam Yala, Pattani, Thailand pada 15 April 2011. Beliau merupakan individu luar Thailand yang pertama mendapat pengiktirafan tersebut. Mislah (Jubah Anugerah) telah dipakaikan oleh Dr Ismail Lutfi bin Abdul Rahman Japakiya, Rektor Universiti tersebut.
Hasil Penulisan
(Terdapat lebih Daripada 30 Hasil Buku Penulisan Beliau)
1. Islam Satu-satunya Penyelesaian : Maktabah Barakah, 2014
2. Tafsir At-Tibyan : Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 1-82,2014
3. Aqidah dan Perjuangan (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor ) : Jundi Resources, 2012
4. Siapa Menganut Ajaran Sesat? : Jundi Resources, 2012
5. At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah As Saff : Jundi Resources. 2011
6. Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin : PTS Islamika, 2010.
7. Palestin Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan : Jundi Resources, 2010
8. Bagaimana Islam Memerintah Negara : PTS Islamika, 2009.
9. Islam : Adil untuk Semua : PTS Islamika, 2009.
10. Tafsir At Tibyan Surah Yasin : Nufair Street, 2009
11. Mutiara 2 Tok Guru: Membangun Ummah (bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat): Nufair Steert, 2008
12. Beriman kepada Qadak & Qadar : PTS Publications & Distributors, 2008
13. Beriman kepada Hari Akhirat : PTS Islamika, 2008.
14. Beriman kepada Malaikat & Kitab : PTS Islamika, 2007.
15. Beriman kepada Rasul : PTS Publications, 2007.
16. Beriman kepada Allah : PTS Islamika ; 2007.
17. Inilah Akidah Muslim : PTS Publications & Distributors, 2007.
18. Fahaman dan Ideologi Umat Islam : PTS Islamika, 2007.
19. Takwa : Takut tetapi Rindu : PTS Publications & Distributors, 2007.
20. Islam dan Demokrasi : PTS Islamika, 2007.
21. Ramadan: Tetamu Yang Dirindui : PTS Islamika, 2007.
22. Muqaddimah Aqidah Muslimin (edisi baru): Sarjana Media, 2006.
23. Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari : Nufair Street, 2005.
24. Islam: Fikrah, Harakah & Daulah : Dewan Pustaka Fajar, 2005
25. At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah Al-Baqarah. Nufair Street, 2004
26. Sekolah Agama Rakyat Pertahan Benteng Kekuatan Ummah : 2003
27. At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah Al-Hasyr & Al-Fil : As-Syabab Media, 2002.
28. Khutbah Jumaat & Hari Raya: As-Syabab Media, 2002
29. Surah al-Hujurat : As-Syabab Media, 2002.
30. Amanat Haji Hadi : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2002
31. Konsep Negara Islam dan Matlamatnya : Yayasan Islam Terengganu, 2002
32. Qazaf: Mangsa Fitnah :2001.
33. Tafsir Surah Yaasin : Penerbitan Muttaqin, 2000
34. Isu Hudud; 1994.
35. Antara Wawasan dan Jumud : 199
36. Kaedah Islam dan Implikasi Perang Teluk : 1991.
37. Perpecahan Bangsa dan Penyelesaian, 1988
38. Muqaddimah Aqidah Muslimin : Gedung Gua, 1985
39. Hizullah dan Hizbul Syaitan : Penerbitan Gedung Ummah, 1984
40. Jika Islam mentadbir : wawancara U.P.I.1984
Beliau yang dimaksudkan ialah:
DATUK SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Sanah helwah Ayah Chik 😍

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej