Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, August 19, 2016

Dr ridhuan tee.. 26 Sifat Ultra Kiasu (Sinar Harian 11.4.16)

Dr ridhuan tee.. 26 Sifat Ultra Kiasu (Sinar Harian 11.4.16)

Parti ultra kiasu membuat laporan polis melarang saya menggunakan istilah yang sering digunakan iaitu ultra kiasu. Kiasu dalam bahasa Cina Hokkien adalah takut (kia) kalah (su). Ultra kiasu bermakna sangat takut kalah dan mahu sentiasa menang dengan apa cara sekalipun. Sifat ini selalu dirujuk kepada Singapura, selepas berpisah dengan Malaysia.

Berbekalkan semangat inilah mereka berjaya membangunkan pulau Melayu itu dan tidak mahu berkongsi sedikitpun. Malah, mereka sudah bersedia dengan segala kelengkapan perang.

Bilangan ultra kiasu terlalu ramai. Selain berada di Pulau, mereka turut berada di merata tempat, dalam parti politik, media, akhbar, NGO, sekolah, universiti dan sebagainya. Dalam Barisan Nasional (BN) tidak kurang ultra kiasu. Mereka berbaik dengan pembesar untuk mendapat perlindungan.

Kebobrokan ultra kiasu adalah; 1. Mahu menang dan tidak mahu mengalah. Apa jua agenda yang bertentangan dengan kepentingan bangsa mereka akan ditentang. Agenda bangsa mengatasi agenda negara. Perlembagaan Persekutuan yang berpihak kepada Islam dan Melayu amat dimusuhi, mahu dipinda.

2. Ultra kiasu adalah dalam kalangan Kristian Evangelis yang sedang menguasai BN atau Pakatan. Kabinet Singapura sudah dikuasai 70 peratus. Sifatnya anti-Islam. Suka Melayu Islam liberal. Memusuhi PAS dan berjaya memecah-belahkan PAS sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (PAN). Saya tidak memusuhi Kristian, tetapi Evangelis amat bahaya. Begitu juga Yahudi yang Zionis.

3, Ultra kiasu mencanangkan diversiti, tetapi merekalah yang paling rasis. Tujuan diversiti dicanangkan agar negara ini tidak ada identiti Islam dan Melayu. MCA (termasuk Gerakan) lebih ultra daripada parti ultra kiasu. Akhbar bahasa Inggeris mereka, lebih pro kepada ultra kiasu daripada pengurusan atas sampai ke bawah. Tidak mustahil mengundi ultra kiasu. Sedarlah diri, keberadaan mereka dalam kabinet adalah undi ehsan orang Melayu. Terlalu banyak dedak telah diberikan. Harap Umno sedar.

4. Ultra kiasu sudah menguasai ekonomi sepenuhnya. Tetapi masih belum cukup. Mereka mahu segala-galanya, terutama kuasa politik. Sebab itu, PRU14 adalah perjuangan hidup mati mereka. Mereka amat mengharapkan kemenangan. Kekayaan dan kuasa digunakan hari ini untuk membeli dan meliberalkan anak muda Melayu.

5. Ultra kiasu sangat kuat memperjuangkan pluralisme dan liberalisme. Sasaran mereka adalah anak muda Melayu yang menyokong LGBT dan seks bebas. Mahu jauhkan Melayu dari Islam. Pasti Melayu tidak akan mengundi Umno dan Pas lagi.
6. Keadilan pada ultra kiasu adalah sama rata sama rasa atau 1=1, bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Keistimewaan Islam dan Melayu amat dicemburui kerana menjejaskan kepentingan mereka (Evangelis).

7. Ultra kiasu tidak mahu melihat ada anak Melayu menutup aurat. Golongan inilah yang diambil bekerja di syarikat mereka. Mereka yang mahu kembali kepada Islam dilabelkan dengan istilah pengAraban (Arabisation). Kitapun terikut. 

8. Ultra kiasu tidak membenarkan pekerja Islam bersolat (solat Jumaat) kerana dianggap membuang masa dan merugikan syarikat. 9. Dahulu mereka tidak berminat bekerja dengan sektor kerajaan. Hari ini semua sektor mereka mahu masuk. Masih buta?

10. Hubungan ultra kiasu dengan ultra kiasu Singapura sangat akrab. Tidak mustahil kita dikepung. 11. Ultra kiasu mahukan bahasa ibunda mereka dimartabatkan sama kedudukannya seperti Bahasa Melayu

12. Ultra kiasu mahu mahkamah syariah dihapuskan. 13. Ultra kiasu mahu melaksanakan agenda tuntutan 14 perkara Inter Faith Council. Misalnya, seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi Islam.

15. Ultra kiasu mendesak kerajaan membuka ruang seluasnya untuk bukan Islam campur tangan dalam hak ehwal Islam. 16. Ultra kiasu mahukan undang-undang Islam tunduk kepada norma antarabangsa yang secara merosakkan akidah.

17. Orang Islam bebas untuk murtad. Undang-undang tidak boleh dikenakan kepada si murtad. 18. Kes murtad atau sebarang kes Islam berkaitan mereka, tidak boleh dikendalikan oleh Mahkamah Syariah.

19. Bukan Islam tidak perlu menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. 20. Pasangan suami atau isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

21. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggarakan rumah ibadat orang bukan Islam. 22. Bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan suci Islam, contoh kalimah Allah.

23. Bible dalam bahasa Malaysia dan Indonesia mesti boleh diedarkan secara terbuka kepada semua. 24. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

25. Program dakwah agama lain selain Islam mesti dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing. 26. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan semua orang.

Bangunlah wahai umatku sebelum terlambat. Pastikan negara berasaskan Islam dan Melayu ini tidak dirobek oleh kejahatan ultra kiasu. Bersatulah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej