Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, August 10, 2016

PAS Terengganu Terselamat Dari Politik Nakal Adun Kijal


PAS Terengganu Terselamat Dari Politik Nakal Adun Kijal.
Sukarnya untuk kita membuktikan bacaan politik Presiden PAS setiap kali beliau mengambil keputusan. Pastinya sewaktu itu, beliau akan dikecam habis-habisan. Setelah berbulan atau bertahun berlalu, barulah orang ramai, mengerutkan dahi yang yang memang sudah mengerut. " Betul sungguh tekaan ayah cik" ungkapan ini sudah menjadi kelaziman selepas itu.
Terbaharu isu politik Terengganu yang tercetus oleh bekas Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said. Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri 7 Mac 2016 yang lalu telah membawa cadangan usul hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Terengganu. Cubaan beliau gagal.
Riuh rendah penganalisis politik dan pemikir politik jalanan membuat andaian. Parti serpihan yang kecewa kalah dalam pemilihan PAS, mendakwa PAS Terengganu tidak pandai mengambil kesempatan, sepatutnya begitu, sepatutnya begini. Bacalah penulisan bekas AJK PAS Pusat yang kecewa seperti Khalik Samad, dan ramai lagi. Mereka menyalahkan PAS.
Lebih teruk lagi ada pandangan mesti kerjasama dengan Adun Kijal untuk menjatuhkan kerajaan Umno Terengganu. Ahmad adalah aset penting tujuan ini. Bergabung, lantik Ahmad Menteri Besar semula dan ada yang marah kerana tidak pujuk Ahmad Said untuk bersama PAS.
Tiba-tiba Tuan Guru Presiden memberi ingatan, jangan menanguk di air keruh. Makin panas kemarahan mereka dan serangan bertali arus terhadap kenyataan Presiden Pas yang juga bekas Menteri Besar Terengganu.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Adun Paka juga dikecam hebat bila beliau mengeluarkan kenyataan PAS Terengganu tidak berminat merampas Terengganu dengan jalan belakang.
Selepas Sidang terbaharu, 8 Ogos 2016, segalanya andaian terjawab. Bacaan politik Pemimpin PAS tepat dan benar. Ahmad Said memang jenis tidak boleh dipercayai. Langkah berhati-hati PAS Terengganu sebelum ini menyelamatkan PAS dari konflik dalaman umno. Pas bertegas tidak campur urusan dalaman UMNO. PAS terlepas 'gerah' kata orang Terengganu.
Kini Ahmad dinilai rakyat sebagai tokoh yang sudah hilang bisa. Beliau hanya hadir separuh daripada Sidang Dewan Undangan Negeri separuh hari. Beliau hanya mampu ' repok' sebelum Sidang Dewan Undangan sahaja dengan lontaran permainan sehinggakan 600 pemerhati hadir di Sidang Dewan Undangan Negeri kerana terpedaya dengan 'repokan' beliau.
Langkah PAS Terengganu mampu mengembalikan kestabilan politik semasa Terengganu, PAS Terengganu juga dilihat sangat bermaruah kerana bersedia mengambil alih pemerintahan Terengganu dengan jalan demokrasi dan sanggup menunggu Pilihan raya umum ke 14.
Sewajarnya rakyat Terengganu memberi peluang kepada PAS pada Pilihan raya umum ke14 untuk terus menyelamatkan Terengganu dari konflik yang berpanjangan setelah UMNO tidak boleh dipercayai lagi untuk membawa kemajuan kepada Terengganu Darul Iman.
●Naraza Muda
Naib Presiden Kelab Profesional Penyokong PAS ( KPPP)
11 Ogos 2016 / 08 Zulkaedah 1437

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej