Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, August 19, 2016

Fitnah terima RM90 juta hanya agenda mahu lemahkan PAS: Penganalisis

Fitnah terima RM90 juta hanya agenda mahu lemahkan PAS: Penganalisis
-Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian

SHAH ALAM, Jumaat – Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat dakwaan  Sarawak Report mengatakan PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan seperti agenda mahu melemahkan parti Islam itu.

Beliau berkata, tuduhan Sarawak Report berkemungkinan adalah strategi terbaharu yang diguna pakai dalam usaha menjatuhkan PAS.

“Saya percaya PAS akan mengambil pendekatan untuk menghentikan laporan itu jika ia bersifat tohmahan.

“Mungkin juga ia agenda untuk melemahkan PAS memandangkan PAS tidak berada dalam pakatan harapan yang juga dilihat mesra kepada UMNO.

“Tapi secara umumnya, baik ahli PAS ataupun bukan, harus melihat dengan lebih menyeluruh dan memastikan mendapat butiran yang benar supaya ia tidak hanya bersifat sensasi,” katanya kepada Sinar Online.

Poster

Terdahulu Sarawak Report menuduh PAS menerima sejumlah wang RM90 juta daripada Datuk Seri Najib.

Dalam laporan itu, Sarawak Report mendakwa Najib cuba mengambil peluang perselisihan dalam kalangan pembangkang dengan mengambil hati pemimpin atasan PAS.

“Beliau cuba menjauhkan parti Islam PAS daripada pakatan pembangkang dengan cara biasa beliau – RM90 juta dipercayai mengalir masuk ke dalam pimpinan tertinggi PAS sejak beberapa bulan ini (veteran BN akan menganggap ia harga yang murah),” kata laporan itu.

ShareTweet

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1729207833996609&id=100007222261442

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej