Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, February 10, 2017

1.Apakah PAS sudah lari Dasar Perjuangannya ?

Q&A (SIRI 1)
Istiqamah.

1.Apakah PAS sudah lari Dasar Perjuangannya?

Jawapan:
Selagi dasar PAS adalah Al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas maka PAS akan sentiasa istiqamah dgn dasar asal perjuangan.

2.Adakah PAS akan bergabung dgn UMNO?

Jawapan:
Tidak sama sekali, selagi dasar mereka bukan Al-Quran dan Sunnah maka kita akan kekal menjadi pembangkang. Tuan Guru Presiden PAS berkali-kali mengulangi tidak akan "memikul biawak hidup " utk membiarkan kerajaan UMNO/BN terus menindas rakyat.

3.Kenapa PAS tidak bekerjasama dgn Parti Amanah?

Jawapan:
Islam membenarkan kita bekerjasama dgn golongan kafir utk kepentingan Islam tetapi bukan dgn pengkhianat.

4.Benarkah PAS hanya dikuasai oleh golongan Ulama' dan meminggirkan golongan profesional?

Jawapan:
Tiada istilah golongan Ulama' atau profesional. PAS berdiri atas semua tunggak kekuatan  baik dikalangan Ulama',profesional dan aktivis parti. Perjuangan PAS dgn dasarnya Islam maka keduanya tidak terpinggir  malah saling memerlukan.

5.Benarkah PAS dilihat tidak menjuarai isu rakyat?

Jawapan:
PAS sentiasa komited dgn keluhan rakyat dan membangkitkan didalam Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri-negeri. Mungkin Media sahaja yg kurang membuat liputan apabila ianya melibatkan PAS.

6.Adakah tindakan politik PAS hari ini merugikan Islam?

Jawapan:
Islam tidak pernah rugi, malah dgn tindakan serta ijtihad mutakhir ini, telah memberi gambaran serta kekuatan istiqamah yg tinggi pada akhirnya utk mendepani tribulasi dan mehnah mendatang.

7.Sejauh mana dakwah PAS memberi kefahaman Islam kpd non-muslim?

Jawapan:
PAS sentiasa komited dlm memberi kefahaman Islam kpd non-muslim, ianya boleh dilihat siri-siri street dakwah yg dilakukan dan ini lebih terbukti apabila PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dari keahlian DHPP yg makin bertambah dari hari ke sehari.

8.Kenapa PAS menolak utk menyertai Pakatan Harapan?

Jawapan:
Rujuk jawapan no. 3. PAS boleh bekerjasama dgn sesiapa sahaja tetapi bukan kpd pengkhianat. Dan kerjasama yg berlaku hendaklah menguntungkan Islam.

9.Benarkah tindakan PAS memberi talian hayat pada UMNO?

Jawapan:
Menyingkirkan PAS dlm pakatan adalah sesuatu yg merugikan, apatah lagi dgn tidak memperjuangkan Islam. Dengan demografik politik yg ada, sudah pasti ianya menjadi kerugian utk menolak PAS. Sekaligus pakatan merekalah yg sedang memberi talian hayat kpd UMNO dlm ertikata sebenar.

10.Mengapakah PAS mengambil tindakan utk tidak bersama Pembangkang di Parlimen utk menolak bajet yg dibentangkan?

Jawapan:
PAS sentiasa dgn dasarnya. Dan ianya telah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden yg PAS akan sentiasa menyokong yg positif utk rakyat dan menolak serta melawan segala unsur negatif dan menindas rakyat.

الله أكبر....
Diterbitkan oleh:
PAS KAWASAN GOMBAK
Lajnah Penerangan PAS Gombak
Lajnah Penerangan Dewan Pemuda.
Lajnah Penerangan Muslimat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej