Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, February 1, 2017

APA ADA PADA SEPENGGAL PAS DI TERENGGANU ?

APA ADA PADA SEPENGGAL PAS DI TERENGGANU?

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Lim Kit Siang juga seperti juak-juaknya yang lain terus meremehkan kompetensi dan kewibaan Presiden PAS , mungkin tertampar malu dengan pelawaannya yang ditolak untuk menggunakan PAS untuk meraih sokongan orang Melayu . Tokoh politik yang telah renta ini lantas memainkan api kebencian terhadap Presiden PAS untuk menyembunyikan rasa malu kerana pinangannya ditolak, beliau membangkitkan bahawa Tuan Guru sangat lemah sehingga hanya mampu menjadi MB sepenggal di Terengganu.

Kit Siang lupa barangkali, bahawa penggal 1999 sehingga 2004 yang lalu, kerajaan PAS Terengganu telah berjaya menghapuskan tol jambatan Sultan Mahmud, mengadakan reformasi tanah, menutup pintu kebejatan sosial, menghapuskan premis judi yang menjadi pemicu kerosakan akhlak, mengkanunkan enakmen Jenayah Syariah serta seribu satu pembaharuan sosio ekonomi.

Tuan Guru Abdul Hadi dengan gaya penampilan yang sederhana  telah berusaha untuk merealisasikan matlamat pendidikan Islam yang dicitrakan oleh PAS, ini dibuktikan apabila beliau menjadi Menteri Besar Terenganu (1999-2004), agenda pendidikan telah mendapat tempat pertama dalam pentadbirannya.

Beliau telah menumpukan perhatian kepada memartabatkan pendidikan terutama pendidikan Islam terhadap generasi muda negeri tersebut. Antara institusi pendidikan yang telah ditubuhkan ialah Kolej Islam Sains Terengganu (KIST), Kolej Sains Dan Teknologi Al Quran (KOSTAQ), Sekolah rendah agama bersepadu (SRAB). Kolej dan sekolah ini diserasikan dengan keperluan semasa, digabung jalin di antara mata pelajaran akademik dan mata pelajaran agama.

KIST dan KOSTAQ adalah di bawah kendalian Yayasan Terengganu, sebuah yayasan di bawah kerajaan negeri yang ditubuhkan untuk memperkasa pendidikan di negeri itu. Tujuan kedua kolej ini diwujudkan adalah untuk menampung pelajar-pelajar cemerlang dalam UPSR yang tidak terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Kedua kolej ini akan menghimpunkan pelajar-pelajar cemerlang Terengganu.

Kerajaan negeri Terengganu di bawah beliau juga mengambil berat pendidikan tinggi di Terengganu iaitu memperkasakan KUSZA supaya setanding dengan kolej universiti lain di negara ini, beberapa bidang telah ditawarkan oleh KUSZA bagi menarik pelajar-pelajar mendaftar. Kerajaan Terengganu juga membuka peluang pendidikan tinggi dengan menawarkan biasiswa dan dermasiswa melalui MAIDAM kepada pelajar-pelajar Terengganu untuk belajar didalam dan luar Negara.

Implikasi daripada kejernihan waqi' sosial juga turut memberdayakan anak-anak Terengganu dalam bidang pendidikan , terutama cemerlang dalam keputusan peperiksaan awam negara ini. Tercuat nama negeri penyu ini sebagai johan dalam peperiksaan UPSR dan PMR.  Malah berbondong-bondong anak negeri Tok Ku Paloh ini memasuki institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan luar negara. Pulau pinang dibawah dua penggal DAP ada?

Tuan Guru yang bersimpuh di masjid Rusila pada setiap pagi jumaat dan juga kemana sahaja beliau pergi mencerahkan rakyat dengan ilmu supaya terpandu kehidupan mereka. Jangan lupa juga, rumah papan buruk dengan lantai dapur dimakan anai-anak tetap menjadi rumah agam di hati MB sepenggal ini, jauh daripada diburu SPRM akibat memiliki rumah diluar kemampuan.

Kit Siang seperti lupa akan jumlah pengundi baru  yang bertambah mendadak dalam PRU 2004 sehingga tumbangnya kerajaan PAS Terengganu. Penipuan dan manipulasi pilihanraya inilah  sehingga memunculkan bantahan awam melalui BERSIH pada tahun 2007. Malulah Lim Kit Siang , jika berpencak politik seperti anak-anak muda yang baru setahun jagung mengenali dunia politik. Makin gasar dan kasar anda, bermakna DAP dan ternakan mereka semakin jauh daripada relung hati rakyat negara ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej