Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, February 13, 2017

Persatuan pegawai syariah pun sokong ruu355

pada 17 Nov 2016 di Pusat Islam Kuala Lumpur empat buah pertubuhan iaitu Persatuan Pegawai Syariah Malaysa (yang terdiri dari pegawai-pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah negeri-negeri )  Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia ( keahlian terdiri dari Peguam Sivil dan Peguam Syarie yang beragama Islam seluruh Malaysia) Persatuan Peguam Syarie Malaysia (yang terdiri dari Peguam-Peguam Syarie seluruh Malaysia) dan Persatuan Pegawai Agama Malaysia (terdiri dari pengkhidmatan kerajaan persekutuan dan negeri dalam sektor agama) telah menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyokong pindaan Akta 355 dan meminta Kerajaan Persekutuan memastikan pindaan ini dapat direalisasikan.  Ahli keempat-empat pertubuhan inilah yang setiap hari melaksanakan undang-undang di mahkamah syariah dan hadir di mahkamah syariah samada sebagai penguatkuasa, pendakwa, peguam syarie ataupun Hakim Syarie. Mereka menyokong penuh pindaan Akta 355. Musykilnya ada yang tak pernahpun menjejak kaki di mahkamah syariah menentang pindaan akta ini dengan pelbagai alasan dan retorik.  Tanyalah ahli dan stakeholders apa keperluan yang sebenar sebelum buat komen.  Bercakap memang mudah apatah menuduh dengan pelbagai tohmahan. Saya juga musykil golongan yang dahulunya meminta saya bersikap terbuka tetapi golongan ini yang tidak terbuka dan menggunakan perkataan yang tak wajar diucapkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej