Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, March 21, 2017

PAS nok perintah 5 negeri ?


PAS nok perintah 5 negeri ?
Bila musuh siar video ucapan Presiden Pas berdurasi beberapa detik, maknanya hanya sekerat ucapan sebelum dan selepas ucapan itu dihilangkan. Ayat Ayah Cik tu bergagah kepada hujah sebelum itu, berkait-kait. Tapi mereka ambil hanya sekelumit.
Ambe rase orang tahu belaka video mana. Video yang mengambarkan Pas berpakat dengan umno. Pas hanya nak memerintah 5 negeri , hok lain ambik ke umno.
Orang akan nampok Pas hanya nok perintah 5 negeri yang disebut dalam video itu. Kelantan, Terengganu , Kedah, Selangor dan Perak. Ramai yang terpedaya dan cemas melihat ucapan Presiden Pas di Dun Alor Limbat, Marang Terengganu.
Jadi ambe tulis sebahagian sebelum dan sebahagian selepas ucapan yang tiada dalam video ciptaan musuh Pas ini sebagai menyokong terbina ayat atau ucapan yang disiarkan hanya beberapa detik itu.
" Dalam perubahan ini, Pas mestilah menjadi Parti kuat. Parti yang gagah. Kita perlu menang terus di Kelantan, ambil balik Terengganu, menang di Kedah, menang di Selangor. Pas mesti menang dan perlu memimpin Perak, ini sangat penting.
" Saya meletakan dalam kenyataan saya di Kedah, seboleh-bolehnya kita lepas 40 kerusi, kerusi Parlimen 40 kerusi. Bila 40 kerusi Parlimen Pas, kita boleh menentukan politik Malaysia.
" Sehingga mana-mana parti tidak boleh tubuh kerajaan, melainkan jemput Pas. Kita menyaksikan betapa kedudukan kita pada hari ini. Semua nak kepada kita, umno nok kepada kita, yang beloh ni nok kepada kita.
" Kita kena sedor kedudukan kita, jangan terikut-ikut dengan kehendak orang, kemahuan orang. Pas tidak lagi masuk Barisan Nasional. Kita tidak mengulangi peristiwa masuk Barisan Nasional.
" Dengan sebab itu untuk membina kekuatan Pas, Pas perlu menang banyak. Kita kena pertahan Alor Limbat ni".
Begitulah ucapan yang terbinanya ucapan berkaitan dengan 5 negeri yang pas perlu menang. Seruan kekuatan Pas perlu di garapkan dengan hujah dan menilai kekuatan serta kemahuan.
Mudah kita paham gok, nok masuk Univesiti kena ada kelulusan sekian-sekian, mesti lulus pada tahap yang ditetapkan SPM, SRP dan lain-lain.Nak ada SPM kena ada SRP dulu, nok bulih sijil ni kena sekolah menengoh, nok sekoloh menengoh kena sekoloh rendoh dulu, sekoloh rendoh pulok 7 tahun, dok bulih hanya 2 tahun sahaja.
Maknanya kita kena sedor lah dengan keadaan ini.
Banyak benda ada tahap dan peringkat dia. Nok jadi kerajaan kena menang piliharaya, nak menang piliharaya kena ada parti, dok kira laa bebas pun. Dah ada parti kena masuk piliharaya, dok bulih ada parti lepas tu nok ngetoh selalu. Malu kokram weh . Teringat ambe golongan yang tidak sabar nok merintah Malaysia dengan jalan membeli Ahli Parlimen, sampai rakyat Malaysia tertunggu tarikh keramat 16 September 2008.
Anwar cukup yakin dan menyakinkan rakyat 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional akan menyokong Pakatan Rakyat waktu itu. Dengan kedudukan 82 daripada 222 kerusi waktu itu. Bila tiba tarikh itu....... lihat apa terjadi hari ini. BN masih memerintah. Impian tidak melihat kedudukan dan kekuatan sebenar. Maka ambe rasa strategi Pas dengan memenagi 5 negeri ini dan 40 kerusi parlimen adalah berdasarkan kekuatan serta kemampuan yang munasabah.
Mereka boleh perli dan mengajing... Pas nak menang 40 kerusi? Macam mana nak merintah? Jadi ambe serah kepada semua untuk jawab perlian ini.
Sekian
Catatan Noja
20 Mac 2017 / 10:00 am
Dungun Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej