Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, April 20, 2017

Tahun 1999-2004 PAS memerintah Terengganu walaupun sepenggal, namun berjaya....

Roslan Bin Ahmad meh baca sini....

Tahun 1999-2004 PAS memerintah Terengganu walaupun sepenggal, namun berjaya....

– Menghapuskan tol yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang

– Mengagihkan tanah kepada rakyat dengan jumlah lebih 50,000 lot tanpa mengira ideologi, bangsa mahupun agama

– Menghapuskan judi dan mengurangkan arak yang semestinya dibenci oleh DAP

– Menghapuskan riba dalam pinjaman kerajaan sesuatu yang sangat bermakna kepada orang Islam

– Menguruskan dengan baik kewangan negeri walaupun royalti dirompak

– Mengurangkan hutang negeri

– Mengurangkan status negeri termiskin daripada kedua termiskin kepada keempat termiskin

– Mewartakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Terengganu yang beragama Islam

– Menyusun semula GLC-GLC yang rugi dan menjadikannya untung

– Menaikkan hasil premium balak dari RM13 juta kepada RM63 juta

– Membangunkan sekolah-sekolah dan kolej-kolej aliran sains berteraskan agama

– Meningkatkan hasil tanah sebanyak RM20 juta

– Menjadikan pemerintahan PAS semakin kuat dan menyebabkan DAP menarik diri keluar daripada Barisan Alternatif (BA) ketika itu kerana takut dengan kemaraan PAS dengan Islam merugikan mereka

Ketika PAS kalah, analisis PRU yang dikemukakan jelas menunjukkan tentang perpindahan sejumlah besar pengundi dan tidak pernah dibantah oleh DAP malah dalam banyak majlis penerangan, ianya dihadiri oleh wakil DAP. Tetapi LKS mungkin memilih untuk lupa.

Dan paling rare ialah Menteri Besar Terengganu pada waktu itu, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS tidak langsung terpalit dengan sebarang isu rasuah, jenayah dan lain-lain sama ada melibatkan keluarga mahupun peribadi. Tiada rumah jutaan ringgit dengan atau tanpa kolam renang. Beliau cuma ada dua buah rumah kayu kampung bagi isteri-isterinya yang kedua-duanya mempunyai kolam renang semula jadi yang sangat besar iaitu Laut China Selatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej