Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, April 10, 2017

Terbukti DAP anti Islam

Terbukti DAP anti Islam .....

Pembentangan Rang Undang-Undang 355 semalam oleh Haji Hadi telah menyerlahkan lagi sifat anti Islam Lim Kit Siang dan DAP. Hadi Awang telah menjelaskan panjang lebar mengenai RUU 355 yang langsung tidak melibatkan orang bukan Islam. Malah sejak undang2 syariah ditubuhkan, tiada seorang pun orang bukan Islam didakwa atau dihukum oleh mahkamah syariah.

Apa sebenarnya niat LKS yang beriya2 membantah RUU 355?

Ini menunjukkan LKS memang anti Islam. Jelas sekali beliau tidak mahu agama Islam berkembang dan diperkasakan.

Beliau sebenarnya tahu RUU 355 tidak melibatkan orang bukan Islam. Itu yang tersurat. Tetapi beliau melihat dari yang tersirat. Jika undang2 Islam diperkasa dengan dendaan dan hukuman yang lebih tinggi dan berat akan menyebabkan orang2 yang beragama Islam takut untuk melakukan aktiviti maksiat dan haram seperti melanggang pelacur, mengunjungi pusat2 maksiat dan rumah2 urut, memenuhi pusat2 minuman keras dan pusat2 perjudian. Keadaan ini akan mengancam perniagaan bangsa merekan kerana mengunjung atau pelanggan yang banyak memenuhi premis2 maksiat dan perjudian adalah orang2 Melayu yang beragama Islam.

Majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu dan Bumiputera. Jika orang Melayu atau Bumiputera tidak mengunjungi premis2 perniagaan mereka sudah pasti perniagaan mereka boleh gulung tikar. Sebab itu mereka tidak suka Melayu menceburi bidang perniagaan. Berbagai2 cara mereka lakukan terhadap peniaga Melayu supaya tutup kedai. Naikkan sewa kedai, halang pembekal bekalkan barangan dan sebagainya. Mereka juga memulaukan produk2 keluaran orang Melayu dan orang Islam.

Mereka sedar jika dibiarkan Melayu berniaga maka perniagaan mereka akan terancam kerana Melayu adalah kuasa beli yang besar. Jika banyak premis2 perniagaan Melayu dibuka pembeli2 Melayu akan mengunjungi premis2 milik Melayu.

Disamping itu mereka juga mahu melemahkan perpaduan umat Islam. Kekuatan umat Islam adalah ketaatan penganutnya terhadap agama Islam. Ketaatan umat Islam akan membentuk perpaduan yang seterusnya membina kekuatan.

Sebab itulah LKS cukup marah bila PAS keluar dari pakatan dan berbaik2 dengan UMNO. Jika 2 parti berteraskan orang Melayu dan Islam ini bersatu akan membentuk satu kekuatan yang besar yang pasti akan menggugat dan merosakkan perancangan sulit mereka untuk mengambil alih kuasa memerintah negara ini.

Sehingga hari ini mereka telah berjaya memecahkan orang Melayu kepada beberapa kumpulan iaitu UMNO, PAS, PKR, PAN, IKATAN, PPBM, DAP dan beberapa lagi kumpulan Melayu.

Pemimpin PAS sudah menyedari siapa sebenarnya yang berniat jahat, UMNO atau DAP. Kepada orang Melayu yang beragama Islam yang masih tak sedar diri, bertempiklah dan bangkanglah bersama DAP terhadap terhadap agama Islam yang kamu anuti. Apa ertinya kamu menganut Islam jika usaha2 untuk memperkasa Islam kamu tentang bersama kaum kafir?

- Raja Jawa

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej