Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, May 16, 2017

KENAPA EKONOMI MELAYU TERCOROT DI NEGARA YANG DIPERINTAH OLEH MELAYU ?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10209122810608019&id=1251877796

KENAPA EKONOMI MELAYU TERCOROT DI NEGARA YANG DIPERINTAH OLEH MELAYU?



Kenapakah status ekonomi orang Melayu di Malaysia ini tercorot sedangkan tampuk pemerintahan negara dipegang oleh orang Melayu? tanya kawan saya Ilyas Harun.

Ini jawapannya:
Orang politik satu hal, khasnya yang berkuasa. dia sendiri hendak merebut peluang dengan menngunakan kuasa yang ada dan yang tidak berhak pun hendak juga mengambil peluang walau pun bukan haknya..cukup sebagai broker dan makan komision.. dapat bisnes tak buat sendiri.

Keduanya orang Melayu.. tidak semua yang sedar diri.. dia mendapat segala kemewahan hidup..kerana dasar2 yang dibuat oleh politik. Tetapi jarang sekali mengaku kerana dasar itu dia mendapat peluang. sebalik kerana kebolehannya dan usahanya. Maka dia menjadi sombong dan berlagak feudal dan berlagak bangsawan.. Maka hiduplah dengan komuniti atau habitat feudal dan bangsawannya.

Ketiga.. Ialah orang Melayu yang berkuasa dalam intitusi melaksanakan dasar ekonomi untuk orang Melayu dan biasanya berjawatan CEO atau juga Presiden.. Mereka tidak ada sikap nasionalis Melayu.. Contuhnya dua CEO di MRT dan LRT, keduanya orang Melayu.. Apa orang Melayu dapat dalam projek LRT dan MRT.. semuanya dikuasai oleh MMC/Gamuda dan George Kent.. Berapa Melayu ada dalam kedua syarikat itu. Butakah kedua CEO Melayu itu.. bila bermesyuarat dengan pegawai2 ketiga syarikat itu berapa orang wakil pegawai kanan Melayu dari syarikat itu.. Jika tidak pegawai Cina, orang dagang. Mana pegawai Melayunya? Projek Berbilion RM.. Melayu dapat apa?

Baru2 ini saya diminta tolong oleh seorang pedagang anak Melayu yang meminjam wang dari Bank Pembangunan. Pada asal hutangnya berjumlah pulohan RMjuta juga. Dia dapat membayar hutang sehingga berbaki hanya berapa juta RM lagi. Tetiba bisnesnya bermasalah.. Dia ada asset.. Maka Bank Pembangunan sita assetnya.. Bagi menyelesaikan hutang berbaki dia berusaha mencari pembeli asset sebelum di lelong.

Apa berlaku?

si pembeli kena uji pakai asset itu.. sebab asset jentera dan kemudian baru dirunding harga. Harganya lebih tinggi dari hutang yang hendak dibayar kepada Bank Pembangunan.. Minta kebenaran, gunakan kuasa Menteri Kewangan. Menteri setuju. Tetapi Bank Pembangunan menolak cadangan itu..tetap hendak menjual lelong dan minta bayaran juga.

Bukankah Bank Pembangunan itu, semuanya Melayu.. Kenapa dia tidak boleh melepaskan sita untuk tujuan di uji asset itu.. dan jika pembeli bersetuju membeli. Hutang boleh dibayar dan dia ada modal untuk berniaga semula.

Kenapa Pegawai Bank Pembangunan berkeras.. Saya tidak menuduh tetapi mungkin ada orang lain.. mahu membeli melalui lelong dan kemudian asset itu akan dijual semula.. Maka akan untung berganda sipemenang tender itu. Dan mungkin ada sedikit cenderahati kepada pegawai Bank Pembangunan atas konspirasi ini.

Kesimpulan jawapan yang tepat dari soalan itu.. Semua jajaran dari orang politik, CEO dan pegawai2 Melayu ini sudahlah tidak amanah, juga seorang 'pengkhianat' bangsa Melayu.

Zaharin Mohd Yasin
Bandar Sri Permaisuri.
April 27, 2017.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej