Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, May 6, 2017

MENOLAK POLITIK DANGKAL PENGERUSI PAN TERENGGANU

*MENOLAK POLITIK DANGKAL PENGERUSI PAN TERENGGANU*
1- Saya mendapat satu kenyataan yang sangat melucukan dibuat oleh Pengerusi PAN Terengganu YB Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Shah yang mengulas isu kehadiran YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang bersama YB Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam program Majlis Pelancaran Tukun Rig To Reef (R2R) dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Marang Waterfront.

2- Adakah salah seorang ahli parlimen dijemput untuk bersama dalam program kerajaan bukan program parti politik untuk membantu rakyat dalam parlimenya sendiri? Inilah budaya politik baru politik matang dan sejahtera yang digagaskan oleh Presiden PAS yang tidak membabi buta dalam segala segi. Demi untuk kepentingan rakyat dan negara, PAS bersama sesiapa saja akan bekerjasama bukan sahaja dengan BN.

3- Dalam masa yang sama peranan YB Ahli Parlimen Marang sendiri yang mahir dalam dunia lautan mungkin boleh digunakan untuk memajukan industri perikanan bagi membantu rakyat menghadapi isu yang dihadapi, berbanding YB Kuala Terengganu saya rasa pengalaman Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang lebih lama di dunia lautan berbanding Dato Raja Bahrin. Lihat kenyataan Menteri YB Datuk Seri Shabery Cheek yang memuji pengetahuan dan ilmu yang diperolehi dari seorang bukan sekadar Ulama yang tahu mengajar di masjid namun banyak ilmu di lautan juga dipelajari.

4- Adakah YB Pengerusi PAN tidak mengingati program 21 Mac 2016 ketika Dato MB daripada BN membelah kek bersama YB Dato dalam isu menangani isu pengubahsuaian stesen BAS MBKT, adakah Dato Seri Tuan Guru menempelak Dato Raja Bahrin dengan istilah politik ambil kesempatan oleh BN. Malahan Dato sendiri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN kerana membantu rakyat , adakah tindakan itu tidak sama dengan tindakan YB Dato Seri Ahli Parlimen Marang. Sungguh naif.

5- Saya juga berasa kesal dengan tindakan Dato Raja Bahrin dan ini menimbulkan lagi kebencian anak muda Terengganu dengan sikap yang tidak kenal hati budi. Orang Terengganu mereka lebih berbudi apabila mereka mengamalkan sikap saling membantu dan tidak menghentam melulu. Cukuplah wahai Ahli parlimen Kuala Terengganu rakyat kini bijak menilai, kami generasi muda akan menolak politik melampau dan juga pengkhianat yang tidak setia dengan janji.

SEJAHTERA BERSAMA ISLAM
MARA MENUJU CITA

Mohamad Aswadi Bin Mohamad
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej