Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, May 4, 2017

KONTRAK SOSIAL

KONTRAK SOSIAL

Sejak kebelakangan ini, ramai ahli politik, NGO mahupun rakyat biasa mempertikaikan Hak Keistimewaan Orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Perkataan ‘Kontrak Sosial’ mula menular di dada akhbar dan buah mulut rakyat marhaen.

Apakah yang anda faham tentang  Kontrak Sosial?

Kontrak Sosial bermaksud satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara.

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, perlembagaan (undang-undang) Malaysia perlu dibentuk terlebih dahulu. British melantik Suruhanjaya Reid untuk mengkaji dan memberikan syor untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Kemudian Suruhanjaya Cobbold pula bertanggungjawab terhadap penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia pada tahun 1963.

Kontrak Sosial pertama adalah persetujuan antara Orang Melayu dengan bukan Melayu sebelum pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Kontrak Sosial ini mengandungi lima perkara iaitu:

1. Orang Bukan Melayu telah bersetuju untuk menerima bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan (Perkara 3).
2. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan (Perkara 152).
3. Kedudukan Istimewa Orang Melayu (Perkara 153)
4. Kedudukan Institusi Raja-raja Melayu (Perkara 181)
5. Sementara Orang Melayu bersetuju berkongsi dan memberikan taraf kewarganegaraan kepada orang orang bukan Melayu yang datang ke negeri-negeri Melayu sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957.

Kontrak Sosial kedua adalah antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak yang kemudiannya terbentuklah Persekutuan Malaysia.

Sumber: Idris Abdul Hamid, Nosuhaily Abu Bakar, Maheran Makhtar, Rahimah Embong. 2015. Bicara Ilmiah Perlembagaan Malaysia. Terengganu:UNISZA.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej