Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, August 1, 2017

Antara Asas Alasan Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharuskan anak tak sah taraf dibintikan kpd bapa biologi walaupun lahir kurang 6 bulan qamariah

Antara Asas Alasan Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharuskan anak tak sah taraf dibintikan kpd bapa biologi walaupun lahir kurang 6 bulan qamariah -
"Dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi s.a.w.: “Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini disebutkan oleh Nabi s.a.w apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.
Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah.
Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi s.a.w, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d. Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda:
“Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut) ”.
Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina.
Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi s.a.w yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti berbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga.
Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan."
Drp hadith ini :
1. Tiada huraian jelas samada anak yg menjadi pertikaian/tuntutan lahir sebelum atau selepas 6 bulan qamariah drp tarikh nikah Zam'ah dgn ibu anak tersebut.
2. Lelaki yg mendakwa anak itu anaknya adalah lelaki yg lain/berbeza drp lelaki yg menikahi ibu anak itu.
3. Nabi saw memutuskan anak tersebut adalah anak kpd Zam'ah iaitu lelaki yg mengahwini/menyetubuhi.
Cuma apa yang saya nak tela kan, justifikasi PENTING drp hadith ini bahawa kes dibawa ke hadapan Qadhi. Rasulullah saw adalah Qadhi pada masa itu & baginda yg memutuskan.
Maksudnya anak Tak sah taraf hanya boleh dinasabkan jika diputuskan Oleh Qadhi berdasarkan ktrgn pihak2, pengakuan si bapa & qarinah rupa anak.
Bukan simply pegi JPN & ngaku itu anak dia pastu srh JPN masukkan binti dia. Wajib ada perintah dr Qadhi/Hakim mahkamah syariah.
Pandangan peribadi saya.
MUSA AWANG
Presiden PGSM

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej