Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, August 2, 2017

Isu Rakyat Yang Disuarakan Oleh Ahli Parlimen PAS


Catatan Parlimen: Isu Rakyat Yang Disuarakan Oleh Ahli Parlimen PAS
1. Penyokong PH sering membuat tohmahan fitnah di alam maya ini kononnya Ahli Parlimen PAS hanya diam membisu di dalam Dewan Parlimen, hanya pandai berbicara bab agama dan tidak memperjuangkan isu rakyat.
Adakah benar tuduhan itu.?
2. Sebenarnya, mereka yang menuduh itu hanya pandai menipu orang lain ataupun tertipu dengan diri sendiri. Hal ini kerana mereka tidak pun hadir ke Dewan ini dan tidak juga menyaksikan siaran langsung sidang Dewan yang bermula daripada pagi sehingga ke petang, ada masa sampai ke malam.
3. Dewan bermula pada jam 10.00 pagi setiap hari. Tempoh masa 1 jam 30 minit diperuntukkan untuk sesi pertanyaan jawab lisan. Dalam tempoh itu, para Menteri akan menjawab soalan yang tersenarai dalam lingkungan no 1 hingga 10 teratas.
Ahli Parlimen yang soalannya tersenarai untuk dijawab secara lisan juga boleh mengemukakan soalan tambahan secara spontan.
4. Pelbagai soalan telah dihantar oleh Ahli Parlimen PAS untuk dijawab oleh pihak Kerajaan. Antara isu yang ditanya ialah bantuan kebajikan JKM, import makanan asasi, produk halal, suntikan vaksin, bantuan pertanian, infrastruktur awam, Felda dan banyak lagi. Isu 1 MDB juga ada ditanya oleh Ahli Parlimen PAS. 7 soalan berkenaan 1 MDB yang dikemukakan PAS telah ditolak oleh Dewan atas pelbagai helah dan alasan pihak Kerajaan.
Jadi, benarkah dakwaan PAS membisu hal 1 MDB.?
5. Selepas sesi soal jawab lisan, agenda Dewan ialah perbahasan Rang Undang-Undang (RUU). Para Ahli Parlimen PAS turut mengambil bahagian dalam perbahasan RUU yang pelbagai nama itu.
Contohnya;
a) YB Bukit Gantang bahas RUU Keganasan Rumah Tangga
b) YB Hulu Langat bahas RUU Agensi Pekerjaan Swasta
c) YB Pengkalan Chepa bahas RUU Akses Kepada Sumber Biologi & Perkongsian Faedah
d) YB Rantau Panjang bahas RUU Pengangkutan Awam Darat
e) YB Temerloh bahas RUU Kawalan Harga & Anti Pencatutan
Kesemua perbahasan mereka ini ada dirakam dan disiarkan melalui channel youtube TV PAS untuk tontonan umum.
6. Pada hari ini, giliran soalan ke 4 YB Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali bertanya kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkenaan hakisan teruk yang berlaku di Pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus. Projek penambakan yang menggunakan struktur lapis lindung batu (rock revetment) dan tidak menggunakan pasir menyebabkan hakisan lebih teruk berlaku di pantai seterusnya di sebelah utara.
7. Dalam soalan no 8 pula, YB Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff bertanya kepada Menteri Pendidikan berkenaan jumlah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah ditutup di seluruh negara dan penyelesaiannya serta kesan jangka pendek dan jangka panjang. Beliau menzahirkan dukacita atas penutupan IPG lama Kampus Kota Bharu yang menyebabkan apakah nasib para pensyarah di situ.?
Walaupun Kerajaan menafikan ia ditutup dengan menggunakan istilah 'penukaran status' IPG kepada Kolej Vokasional dan Politeknik, tetapi pada hakikatnya fungsi asal IPG iaitu bagi melahirkan guru sudah tiada lagi.
8. Dalam perbahasan RUU Kawalan Harga & Anti Pencatutan pula, YB Kuala Nerus turut mengambil bahagian dalam perbahasan manakala YB Kota Bharu, YB Pengkalan Chepa dan YB Pasir Puteh turut membuat pencelahan.
Mereka membangkitkan berkenaan peri-pentingnya penguatkuasaan dan pemantuan terhadap perniagaan agar tidak menindas pengguna.
PAS tidak ada masalah untuk menyokong RUU ini bagi melindungi hak pengguna agar tidak tertipu dan terkeliru dengan harga yang dipamerkan pada produk.
9. RUU Kawalan Harga & Anti Pencatutan ini adalah berkenaan pelaksanaan dasar harga terangkum yang mana pengiklanan, pempameranan dan paparan harga akhir yang perlu dibayar oleh pengguna untuk memperoleh sesuatu barangan atau perkhidmatan hendaklah merangkumi semua harga termasuk cukai duti atau caj kerajaan serta semua caj lain yang hendak dikenakan oleh mana-mana orang terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Hal ini bermakna para penjual perlulah meletakkan harga sebenar yang perlu dibayar oleh pembeli, bukannya hanya mempamer harga yang tidak termasuk cukai agar ianya kelihatannya rendah untuk memikat hati pembeli.
10. Semoga catatan ini sedikit sebanyak dapat membantu menjernihkan kesamaran dan mencerahkan kegelapan penipuan oleh pihak yang bermusuh dengan PAS.
Mereka serang dengan fitnah, kita jawab dengan hujjah, moga akhirnya terserlah kebenaran yang sebenar.
Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
02 Ogos 2017

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej