Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, August 27, 2017

CLARE REWCASTLE BROWN AKAN HERET BERSAMA DATUK HUSAM MUSA BERKAITAN DAKWAAN AFFIN BANK ?


Iman Asyraff is with Paksu Isham and 6 others.
2 hrs
"CLARE REWCASTLE BROWN AKAN HERET BERSAMA DATUK HUSAM MUSA BERKAITAN DAKWAAN AFFIN BANK?".
1. Perkembangan positif pertama berkaitan saman terhadap Sarawak Report ialah apabila panel peguam yang mewakili TG Abdul Hadi Awang telah berjaya mengenepikan tuntutan tak masuk akal CRB berjumlah£800,000 pound (hampir RM4.5 juta) sebagai jaminan keselamatan sekiranya TG Abdul Hadi Awang kalah dalam saman ini.
2. CRB tidak tahu bahawa ada undang-undang yang jelas yang tidak menghalang CRB untuk menuntut kos beliau menerusi mahkamah Malaysia sekiranya beliau menang kes saman ini dan jumlahnya tidak melebihi RM80,000 sahaja dan bukannya sehingga RM 4.5 juta.
3. Meskipun mempunyai masa berbulan-bulan CRB tidak menyediakan sebarang bukti-bukti lengkap atas dakwaan kononnya beliau akan gagal membawa kes saman terhadap TGHA di Malaysia adalah kerana Badan Kehakiman, Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri adalah mengamalkan rasuah dan bersekongkol dengan TGHA. Dakwaan ini telah ditolak mentah-mentah oleh mahkamah di London.
4. CRB akan membuat hujah pembelaan pada 30 Ogos ini, yang memberi peluang besar Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa untuk menyerahkan bukti-bukti transaksi yang melibatkan dakwaan PAS menerima RM 90 juta melalui Affin Bank. CRB dalam keadaan tersepit untuk menampilkan bukti-bukti kukuh atas dakwaan nya ini.
5. Tidak ada masalah besar untuk Datuk Husam Musa untuk membantu Sarawak Report kerana beliau mengaku ada bukti-bukti transaksi 90 juta tersebut seperti kenyataannya pada malam 8 Februari 2017.
"Adik kakak nak tau bank mana yang diguna. Ambe (saya) teka malam ni, tetapi hok ambe teka sekalanya, betul 99% lah kerana hok ambe teka tu hok ambe tau. Jadi masa pilihan raya esok-esok kita buat tubiklah (keluarkan), kalau dia dengan Umno. Kalau dia tidak dengan Umno, Umno buat tubik. Betul ke dok, duit-duit ini melalui Affin Bank".
6. Jika Datuk Husam sendiri tidak bersama-sama CRB dalam menyerahkan bukti transaksi Affin Bank yang di sebutkan, sudah pastilah kenyataan tersebut merupakan satu kenyataan fitnah. Dan sudah pasti juga, ahli AMANAH yang berpegang kepada kenyataan Datuk Husam Musa sudah di tipu dan di perbodohkan beliau hidup-hidup.
7. Apa-apapun mana-mana wakil mahupun peguam AMANAH atau Datuk Husam Musa sendiri, sila serahkan bukti yang beliau ada (sekiranya wujud) kepada peguam baru CRB (peguam lama telah di pecat) sebelum pukul 4 petang 30 Ogos 2017 ini. Jika tidak, terimalah kenyataan bahawa beliau, Naib Presiden AMANAH dan pemimpin De-Facto Kelantan merupakan seorang pembohong dan penipu besar.
Oleh: Iman Asyraff
5 Zulhijjah 1438H

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej