Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, March 23, 2015

Adakah patut ditunda hukum Hudud - Pandangan Muktazilah, Jabariah dan Ahlussunnah

Hudud dan Perlaksanaannya
Sedikit bacaan mlm yg berkat ini, semoga Allah berikan taufiq dan HidayahNya buat diri Hamba dan Muslimin sekelian.
بسم الله الرحمن الرحيم
Dalam akidah islam ada bab isthitaah.
Kekuatan atas mengerjakan sesuatu pekerjaan.
Lihat qamus maani dan umpamanya
Dalam al-quran:
Banyak ayat membincangkan perkara ini.
Antaranya ayat bab haji.
Dalam surah al kahfi: kisah Nabi musa dan khidir
Dan banyak lagi.
Dalam hadith juga ada perbincangan ini.
Antara yg sahih lagi masyhur:
Sabda Nabi saw:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ . رَوَاهُ مُسْلِمٌ .
Barang siapa melihat ia akan kemungkaran maka hendaklah diubahnya dgn tangan maka jika tidak kuasa/kekuatan, maka hendaklah......
Dihadith tersebut Nabi saw meletakkan kalimah: isthitaah / kekuatan
bila perkara pertama dibuat tidak berjaya baru pergi cara kedua dan seterusnya...
ini belum buat apa2 dah cari alasan itu dan ini.
Maka berlakulah beberapa pandangan ulama dunia islam berkaitan hal ini.
Seperti yg pernah saya sebutkan tempoh hari berkaitan hadith terpecah umat Ku (Nabi saw).
Ahli sunnah:
Isthitaah mengiringi perbuatan. Jika tak kuasa baru di beri pilihan yg diletakkan oleh syarie.
Muktazilah:
Isthitaah mendahului perbuatan.
Di bawah muktazilah ini ada beberapa kumpulan yg lebih melampau lagi.
Maka alasan melambatkan hudud berlaku sebab ketiadaan saksi yg adil dan umpamanya.
Bagi mereka wajib atas Allah Solah dan Aslah.
Jabariah:
Isthitaah kemudian perbuatan
Sebab bagi mereka tidak ada usha atas hamba melainkan ijbar semata2, ini kebanyakan ahli takirat yg membawa kepada zindik.
Kita mudah ambil maklumat drpd mengambil ilmu, oleh itu apa sahaja yg kita lihat menyokong nafsu kita maka itulah yg kita kedepankan.
Sekali pun menyalahi Allah dan Rasul.
Dikelantan kita sudah ada negeri dan Sultan sudah mengizinkan dia maka di sana ada isthitaah sesuai dgn pandangan ahli sunnah maka jika kita tidak ada usha utk melaksanakannya dgn alasan tidak ada saksi dan perlu keluarga faham perkara ini(hudud ) maka itulah muktazilah satu fahaman yg suka diketengahkan oleh golongan librel.
Mereka2 ini tercari2 dalil utk menyokong hujjah mereka yg zahirnya nampak benar tetapi sebaliknya berlawanan dgn kebenaran.
Maka kalam dr Yusuf al Qardawi dijadikan sandaran spt di bawah:
Adapun dr yusuf al qardawi tidak memiliki isthitaah yakni memerintah maka dia memilih jalan keluarga.
Keluarga perlu didik tentang hukum islam yg didalamnya ada hukum hudud dan lainnya.
Maka itulah mereka yg tidak mahu hukum hudud dilaksanakan mencari2 dalil kalam ulama sedangkan maksudnya tak sama.
Antara maksud Dr Yusuf dan pembaca librelisma dlm mengaburi islam Ajaran Allah dan Rasul.
hendak seribu daya tak nak seribu dalih... kata orang tua2.
wallahuaalam

https://www.facebook.com/mmasyuti/posts/899007586816787


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej