Selatanonline Dotnet
Aku copy drpd komen Che'gu Sha'ari di wall org lain
TGHH lemah berbanding TGNA dan TG fadzil noor.. bertujuan nak jatuhkan beliau. Tak baik nak banding-banding ..depa sume ada peranan dan jasa masing-masing...suasana berbeza dan tindakan akan berbeza.
Saya ikut pas ni lama dah sejak kekalahan pd 1978. TGNA ada dalam team yg kalah tuh. Dia agak tersisih sebab waktu tu PAS agak berbeza dari skrg. Hanya dia seorang kelihatan berserban dan berjanggut. Apabila golongan ulamak yg juga pimpinan tertinggi ABIM (tidak termasuk anwar ibrahim) mula terpanggil utk memulihkan PAS yg hampir berkubur maka bermulalah era kepimpinan ulamak.
Mrk telah meletakkan perjuangan PAS dilandasan yg sebenar dan TGHH lah yg disebut-sebut sbg antara tonggak atau penerajunya. MSU dan jawatan Mursidul Am dihidupkan. PAS menjadi lebih kuat dan mula mendapat tempat dikalangan golongan muda dan terpelajar. Ia mula berkembang pesat dibandar-bandar dan berwajah 'urban'.Anak-anak muda mula menyimpan janggut "mcm haji hadi". Golongan umarak mula sedar diri mrk sapa dan memberi laluan kpd golongan ulamak. Ust Fadzil noor dan TGHH lah nama yg digeruni waktu itu.
Mrk telah meletakkan perjuangan PAS dilandasan yg sebenar dan TGHH lah yg disebut-sebut sbg antara tonggak atau penerajunya. MSU dan jawatan Mursidul Am dihidupkan. PAS menjadi lebih kuat dan mula mendapat tempat dikalangan golongan muda dan terpelajar. Ia mula berkembang pesat dibandar-bandar dan berwajah 'urban'.Anak-anak muda mula menyimpan janggut "mcm haji hadi". Golongan umarak mula sedar diri mrk sapa dan memberi laluan kpd golongan ulamak. Ust Fadzil noor dan TGHH lah nama yg digeruni waktu itu.
Panglima Pas waktu itu tentulah TGHH. Untung Ust Fadzil Noor krn mempunyai orang kanan yg setia spt TGHH. Ramai yg masuk pas dgn hanya mendengar kaset shj. Walaupun lebih popular dari presiden tiada sapa dari peringkat bawah hingga pimpinan tertinggi terfikir nak membanding-bandingkan mereka. Setiap mereka ada 'aura' masing-masing. Menjelang PRU 1982 Pas kelihatan amat hebat dan bertenaga dan mencemaskan pihak umno. Bulan dikatakan akan lebih bercahaya di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Di sinilah muncul lah Panglina Perang Umno, ANWAR IBRAHIM menyekat kemaraan PAS apabila dijemput menyertai umno oleh Tun Mahathir. Bermulalah zaman pertembungan kepimpinan Pas dan Anwar Ibrahim yg turut dibantu serpihan Abim yg menyebelahinya serta unsur-unsur IRC serta jelmaan-jelmaannya. Mrk dibawa masuk ke dalam umno oleh Anwar sehingga mengancam umno itu sendiri. Begitu licik Anwar berpolitik sehingga ada unsur-unsur IRC menyerap dalam PAS sendiri.
Di luar mrk cuba mencuri ahli Pas dan di dalam PAS mrk menerapkan doktrin mrk melalui usrah-usrah yang terancang baik.
Di luar mrk cuba mencuri ahli Pas dan di dalam PAS mrk menerapkan doktrin mrk melalui usrah-usrah yang terancang baik.
Di tahun-tahun 80an isu ini hangat juga diperkatakan tetapi pimpinan PAS masa itu bersikap terbuka dan berbaik sangka (malah diberi peluang dlm parti dan pilihanraya) Mereka mengambil kesempatan keatas 'kelemahan' pucuk pimpinan. Apabila Anwar 'ditendang' dari umno kumpulan ini tiba-tiba turun padang 'bersama-sama ' PAS yg mrk tentang habis-habisan dulu. Inilah sifat MUNA*** mrk. Inilah golongan yg sedang berusaha menjatuh TGHH atas alasan 'lemah' dan 'melemahkan PAS' hingga hilang Terengganu dan Kedah....Di mana TGNA? MCM TAKDE CERITA TENTANG BELIAU?
Apabila jawatan Mursyidul Am dihidupkan TG Yusuf Rawa diberi penghormatan dan kalau Tak silap TGNA sbg timbalan sehingga dilantik Mursyidul Am berikutan pemergian TG Yusuf Rawa.. TGNA mula diberi pengiktirafan yg sewajarnya di zaman Fadzil/Hadi. Sebagai orang lama beliau dihormati dan diberi status yg sewajarnya.Tanpa dua tokoh utama tadi serta barisan kepimpinan ulamak pasca PRU 1978 setelah kekalahan 1978 mungkin kita tidak dapat melihat TGNA memerintah Kelantan.
Kepimpinan ulamak tidak mungkin kuat dan digeruni tanpa TGHH. Saya sbg anak muda belasan tahun diwaktu itu terasa amat pahitnya dan tertekan berjuang dlm PAS di kala semua orang menentang PAS. Di kawasan saya hanya beberapa kerat ahli PAS. Tak dapat dibayangkan apa yg dilalui oleh pucuk pimpinan PAS waktu itu khususnya TGHH.
Hati saya tidak buta dan masih melihat kebijaksanaan TGHH dalam menangani pelbagai isu kini. Ini semua terjadi hasil pertolongan Allah belaka.
Sentiasalah kita bersandar pada Yang Maha Mengetahui. Ingatlah adik-adik yg masih baru dalam perjuangan PAS. Jgn celupar berkata itu dan ini..takut tertutup hati sehingga tidak dapat lagi menimbangkan mana hak dan batil. Jgn gelojoh nak ke Putrajaya...
PAS TIDAK PERNAH KALAH...MUNGKIN ALLAH SEDANG MEMBERSIHKAN PAS DARI ANASIR-ANASIR YG TIDAK DIKEHENDAKI, ALLAHU A'LAM. WASSALAM
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej