Mungkin ini sebabnya DAP bermati matian menolak hudud ?
Hudud : Berlaku Gelombang Besar Penolakan Bukan Melayu Terhadap DAP
There is a major backlash by the non-Muslims against DAP right now.This is after PAS Kelantan successfully passed the…
Posted by Lim Sian See on Wednesday, 25 March 2015
AIDCNews – 26/3/15 – Facebooker Lim Sian See berkata sekarang ini telah berlaku satu gelombang besar daripada masyarakat bukan Melayu menolak DAP selepas Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau Hudud, 20 Mac lalu.
Menurutnya, gelombang itu akan berlaku apabila masyarakat bukan Melayu merasa tertipu dengan DAP di mana sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) parti itu meminta mengundi PAS dengan jaminan DAP dapat mengawal PAS dan parti Islam itu akan berhenti daripada memperjuangkan Negara Islam dan hudud.
“Ini menjadi lebih teruk apabila terdapat bukti video dan dokumentari bahawa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri menandatangani dan bersetuju bahawa PAS boleh memperjuangkan sebuah Negara Islam (termasuk Hudud) sebelum PRU 13 – ini sekaligus merupakan bentuk penipuan terhadap masyarakat Islam dan bukan Islam pada masa yang sama.
Dakwa Lim Sian See, ia menjadi semakin buruk, apabila Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 23 Mac membuat keputusan yang disifatkan sebagai ‘pengecut’ apabila hanya memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bukannya dengan PAS.
“Sekarang, DAP cuba berusaha dengan sangat keras untuk tekanan terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) supaya membuat pendirian berkaitan sikap BN berkaitan Hudud untuk menyelamatkan DAP dan Pakatan dari masalah utama mereka sekarang ini.
“Mereka (kini sangat) bergantung pada PM untuk berkata “Tiada Hudud” dan dengan serta-merta akan melegakan ketegangan masyarakat bukan Islam dan DAP akan berkata ‘lihat, saya memberitahu anda .. tidak ada masalah. Hudud tidak akan berlaku’
“Dan disebabkan faktor ini, saya percaya PM Najib tidak perlu membuat apa-apa kenyataan mengenai hudud pada masa sekarang walaupun beliau telah didesak oleh parti komponen lain.”
DAP stays in Pakatan but ends ties with PAS’s President Hadi.Does anyone find this ridiculous?Just a few days ago,…
Posted by Lim Sian See on Monday, 23 March 2015
Sebelum ini Lim Sian See turut mengkritik sikap double standard DAP berkaitan hudud.
“DAP kekal dalam Pakatan tetapi memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Hadi.
“Adakah sesiapa fikir ini masuk akal?
“Beberapa hari lalu, mereka (DAP) mengatakan PAS mengkhianati Pakatan tetapi kini ia hanya Hadi Awang yang mengkhianati Pakatan.”
“Ia seperti DAP tidak mempunyai keberanian untuk mengambil tindakan terhadap keseluruhan PAS dan mengambil jalan keluar dengan menyerang peribadi Presiden PAS sahaja – pada dasarnya menjadikan Hadi sebagai kambing hitam untuk penipuan DAP terhadap komuniti Cina.”
Before GE13, the main Chinese media used to support DAP and Lim Guan Eng very strongly.As time passed, the arrogance…
Posted by Lim Sian See on Wednesday, 25 March 2015
http://www.anwaraidc.com/2015/03/hudud-berlaku-gelombang-besar-penolakan-bukan-melayu-terhadap-dap/
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej