Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, March 20, 2015

Berbelanja mewah memang tabiat sesetengah ahli politik

Berbelanja mewah memang tabiat sesetengah ahli politik Nampaknya ahli-ahli politik BN dan tabiat berbelanja mewah adalah seperti tidak dapat dipisahkan, sebagai najis dengan lalat.
Baru sahaja selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kritikan kerana membazirkan wang pembayar cukai bagi sebuah pesawat baru sewaktu negara ini sedang bersedia untuk menghadapi masa hadapan yang sukar, seterusnya adalah sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menjadi mangsa dakwaan yang sama.
Laman Facebook "Suara Rakyat" baru-baru ini telah mendedahkan sekeping resit jualan yang didakwa menunjukkan Hishammuddin membeli sebuah kenderaan Audi Q5 baru bernilai hampir RM329,000, secara tunai. Resit ini, daripada wakil sebuah penjual Audi di Damansara, mengandungi butiran Hishammuddin dan kereta itu. Turut kelihatan adalah salinan kad pengenalan Hishammuddin.
Pendedahan itu menambah, " WAHH !!! agaknya menteri2 kita memang pandai simpan duit sejak dari kecil lagi.. Belajar dari siapa ek? "Rileks jerrr menteri kita beli kereta baru... cash lagi tu... TETAPI KENAPA TAK NAK TUNGGU bulan depan. Kan bila dah ada GST harga kereta akan 'MURAH'. "Korang bila lagi nak jadi ahli UMNO? Korang contohilah menteri2 & bini PM kita menabung simpan duit." Memang mengagumkan.
https://www.facebook.com/ayob.hussin/posts/10203955661232514?comment_id=10203955667352667&offset=0&total_comments=1&ref=notif&notif_t=feed_comment
Like ·  · 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej