Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, March 23, 2015

Menolong Allah ?

Artikel ini untuk tuan tuan yang masih belum faham bagaimana dan apa makna kita menolong Allah . Apa maksud di sebalik itu.
Saya utarakan kerana kita terlalu memegang kepada zawahir (hanya menggunakan aqal untuk membuat penilaian). Iman ini bukan boleh difikirkan dan tidak dapat dijangkau oleh Aqal. Sebagai contoh, semasa Nabi Allah Nuh diperintahkan membuat kapal di atas gunung, hampir semua umat nya mengatakan yg Nabi Nuh Allah telah jatuh gila. Inii kerana Aqal manusia tidak dapat melangkaui alam batin dan alam ghaib (alam rahsia ).
Kejadian banjir besar telah ada di luh mahfuz dan dlm ilmu Allah. Allah tidak menzahirkan dan sengaja tidak memberitahu manusia. Itulah yg dinamakan Ujian dan fitnah.
Allah cuma memerintah. Para Nabi dan Rasul tak pernah nak persoalkan kenapa Allah suruh begitu, suruh begini. Para Nabi Dan Rasul terus menunaikan perintah Allah Tuhannya tanpa rasa ragu dan banyak karenah. Ini keranan tahap keimanan mereka telah sampai ke tahap Al-Kamal.
Kita pula, bila Allah menyuruh kita agar mematuhi arahannya (seperti memperjuangkan hukum hakamnya ), kita memberi pelbagai helah dan persoalan. LIHATLAH SEKARANG INI !!!
Hakikatnya sekarang ialah keyakina kita terhadap Allah TUHAN kita telah terhakis atau telah hilang sama sekali.
Sepatutnya kita cuma lakukan dan perlu ta'at kepadanya saja, bakinya biar Allah yang akan aturkan, tapi dengan syarat kita hendaklah "menolong" Agamanya
Saya sangat tertarik dengan kata kata TGHH bila dia ditanya tentang sokongan di Parliment nanti. Dia berkata itu Allah akan tentukan. Kita wajib menghantar usul di parliment manakala "Resultnya" nanti dlm pengetahuan Allah.
Apa yang nak kita risaukan ? Kewajipan telah ditunaikan.
Allah tidak akan persoalkan hasilnya, tapi yang akan dipersoalkan ialah jihad kita dan keta'atan kita.
Menolong Allah?
Bagaimana cara menolong Allah?
Sesetengah dari kita akan mula bertanya, mengapa Allah SWT mahu hambaNya menolongnya? Ini lanjutan dari firman Allah di dalam ayat berikut:
يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللهَ يَنْصُرْكُمْ وَ يُثَبِّتْ أَقْدامَكُمْ
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Surah Muhammad ayat 7)
Di sudut tafsir al-Quran, maksud ayat ini ialah:
يا أيها الذين صدقوا الله ورسوله ، إن تنصروا الله ينصركم بنصركم رسوله محمدا – صلى الله عليه وسلم – على أعدائه من أهل الكفر به وجهادكم إياهم معه لتكون كلمته العليا ينصركم عليهم ، ويظفركم بهم ، فإنه ناصر دينه وأولياءه
1. Ath Thobari mengatakan bahawa maknanya “Wahai orang yang membenarkan Allah dan para rasulNya, jika kamu menolong Allah nescaya Allah menolong kalian dengan pertolongan kalian terhadap apa yang dibawakan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam iaitu mengatasi golongan kuffar, berjihad di jalan-Nya agar kalimat-Nya tinggi terhadap musuh-musuh-Nya. Maka makna pertolongan Allah kepada hamba-Nya adalah bantuan-Nya kepadanya sedangkan makna pertolongan hamba-Nya kepada Allah adalah jihad orang itu dijalan-Nya untuk meninggikan kalimat-Nya.” (Tafsir At Thobari juz XVII hal 651)
وقال قطرب : إن تنصروا نبي الله ينصركم الله ، والمعنى واحد
2. al Qurthubi mengatakan bahawa maknanya adalah orang yang menolong agama dan nabi-Nya. (al Jami’ li Ahkamil Qur’an juz XII hal 386)
Menolong bukan bererti Allah lemah
Menolong yang dimaksudkan ialah menolong agamanya, makna pertolongan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya adalah menolong manhaj dan dakwah-Nya. Meneguhkan kedudukanmu ialah meneguhkan iman, taqwa, darjat dan kedudukan di sisi Allah. Allah mampu sahaja meranapkan kebatilan (syirik dan kufur ) dan menghancurkan kezaliman serta maksiat dengan bala bencanaNya sebagaimana yang pernah Allah berikan kepada umat terdahulu. Kaedah meminta tolong ini kerana Allah cuba bersikap berlembut sesuai dengan sifatnya yang Latif itu. Firman Allah:
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
“dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (Surah al-Hajj ayat 40)
Untuk huraian lebih jelas lagi, lihat petikan hadis berikut:
حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمِ بْنِ مَيْمُونٍ حَدَّثَنَا بَهْزٌ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَا ابْنَ آدَمَ مَرِضْتُ فَلَمْ تَعُدْنِي قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَعُودُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ عَبْدِي فُلَانًا مَرِضَ فَلَمْ تَعُدْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ عُدْتَهُ لَوَجَدْتَنِي عِنْدَهُ يَا ابْنَ آدَمَ اسْتَطْعَمْتُكَ فَلَمْ تُطْعِمْنِي قَالَ يَا رَبِّ وَكَيْفَ أُطْعِمُكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّهُ اسْتَطْعَمَكَ عَبْدِي فُلَانٌ فَلَمْ تُطْعِمْهُ أَمَا عَلِمْتَ أَنَّكَ لَوْ أَطْعَمْتَهُ لَوَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِي يَا ابْنَ آدَمَ اسْتَسْقَيْتُكَ فَلَمْ تَسْقِنِي قَالَ يَا رَبِّ كَيْفَ أَسْقِيكَ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَالَمِينَ قَالَ اسْتَسْقَاكَ عَبْدِي فُلَانٌ فَلَمْ تَسْقِهِ أَمَا إِنَّكَ لَوْ سَقَيْتَهُ وَجَدْتَ ذَلِكَ عِنْدِي
“Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Hatim bin Maimun; Telah menceritakan kepada kami Bahz; Telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari Tsabit dari Abu Rafi’ dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Hai anak Adam! Aku sakit, mengapa kamu tidak menjenguk-Ku?” Jawab anak Adam; “Wahai Rabbku, bagaimana mengunjungi Engkau, padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Allah Ta’ala berfirman: “Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si Fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia kamu akan mendapati-Ku di sisinya?” “Hai, anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?” Jawab anak Adam; “Wahai Rabbku, Bagaimana mungkin aku memberi engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Allah Ta’ala berfirman: “Apakah kamu tidak tahu, bahawa hamba-Ku si Fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku?” “Hai, anak Adam! Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum?” Jawab anak Adam; “Wahai Tuhanku, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum, padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Allah Ta’ala menjawab: “Hamba-Ku si Fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah, seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.’ (Hadis Riwayat Muslim, turut diriwayatkan oleh Ibnu Hibban di dalam sahihnya, Imam Bukhari di dalam Kitab Adabul Mufrad, Thabarani dalam Kitab Makarim al-akhlak dan Imam Baihaqi di dalam kitab Al-asma wa-as-sifat)
Maka, di sini dapatlah kita jelaskan dengan pemahaman kita seperti berikut. Cara menolong Allah ialah:
1. Berjihad fisabilillah
Apabila seruan jihad dilaungkan yang menuntut kita agar berjihad pada jalan Allah, hendaklah kita bersegera membantu Allah pada jalan ini bagi memartabatkan agama Islam dari diperlekehkan oleh orang kafir.
Bukan bermaksud Islam agama pengganas, tetapi jihad biarlah kerana mempertahankan agama Allah apabila tercabar dan dihina.
2. Menyebarkan ajaran Islam
Orang-orang yang kafir selalu menghalangi manusia dari jalan Allah, maka inilah yang dituntut agar kita berusaha menolong Allah untuk menyebarkan ajaran Islam, mesej al-Quran dan jalan yang lurus kepada orang yang belum mengenali Islam atau di negara yang masih lagi penduduknya kafir.
Menyebarkan ajaran Islam boleh jadi dengan seruan dakwah, penulisan, berblog dan pengaruh media massa. Mungkin harta dan masa kita dihabiskan begitu sahaja pada pendapat diri kita sendiri, tetapi Allah telah janjikan sesuatu yang baik buat kita.
3. Bersedekah dan infak
Orang kristian telah sanggup membiayai missionary mereka berbillion dolar setahun bagi tujuan menyebarkan kekufuran aqidah triniti mereka.
Sedangkan umat Islam kedekut untuk membiayai dakwah para da’i dan ulama. Dengan ini, Allah meminta kita menolong untuk kita membantu mereka yang menguruskan hal dakwah Islamiah agar dapat terus ikhtiar hidup (survive) di mana mereka pergi.
Janganlah anggap kekayaan membawa ke kubur, melihat zakat sebagai satu hukuman zalim dan melihat sedekah sebagai satu yang merugikan harta. Telah Allah jelaskan bahawa darjat kita akan diangkatkan insya Allah.
4. Membantu sekolah agama dan tahfiz
Orang kafir sanggup menyumbang berbillion setahun untuk sekolah mubaligh, kuil dan tokong mereka tetapi malangnya sikap itu tidak ada di dalam diri umat Islam.
Malah ramai yang hafiz al-Quran terpaksa keluar bekerja dengan kelulusan akademik yang rendah yang sudah tentu kerjayanya dari pagi hingga ke malam yang akan mengakibatkan para penghafal al-Quran terlupa hafazannya. Seharusnya kita membiayai mereka yang hafal 30 juzuk al-Quran, membiayai sekolah rendah agama, sekolah menengah agama dan sekolah tahfiz.
Dengan membantu Allah pada jalan ini, nescaya darjat kita diangkat di sisiNya.
5. Membersihkan nama Allah yang telah tercemar oleh kerana Yahudi dan Nasrani (kristian). Dan juga tidak berlaku syirik terhadap Allah.
Sudah beribu tahun nama Allah dicemari oleh Yahudi dan Nasrani. Sebagai contoh, Yahudi berkata Uzair anak Allah, Nasrani berkata Isa anak Allah. Mereka juga berkata sesuatu yang bukan milik Allah, tidak meletakkan nama Allah pada tempat yang betul malahan menyebarkan fitnah terhadap Allah. Inilah tugas kita untuk membantu Allah. Dan pada ayat ke-8 surah Muhammad pula, Allah berfirman:
وَ الَّذينَ كَفَرُوا فَتَعْساً لَهُمْ وَ أَضَلَّ أَعْمالَهُمْ
Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah membinasakan amal-amal mereka.

https://www.facebook.com/ayob.hussin/posts/10203972048042174

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej