Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, March 25, 2015

PEMBOHONGAN TERBONGKAR

PEMBOHONGAN TERBONGKAR
Rang Undang Undang Mahkamah Syariah/EJS/Hudud - Penjelasan YB Dr Mohd Fazli Hassan (EXCO Kerajaan Negeri Kelantan)
Untuk makluman ikhwah semua, tanggapan mengatakan pimpinan PAS tidak membuat penjelasan kepada pimpinan PR tentang Rang Undang Undang Mahkamah Syariah/Hudud adalah tidak betul. Ana sendiri sudah 3 kali bersama dengan Pimpinan PAS Pusat dan Pimpinan Kerajaan Negeri berjumpa pimpinan PR menjelaskan tentang Hudud. Sekali di HQ DAP di Cheras. Semua pimpinan atasan PR hadhir dan dipengerusikan oleh DSAI. Kemudian di HQ PAS KL dan akhir sekali di bangunan Parlimen baru baru ini. Pimpinan lain sperti Dato' Nik Ammar dan Dato' Taki hadir tidak kurang dari 4 kali.
Mereka (Pimpinan PR) sudah jelas tentang Hudud dan pendirian/stand kita. Di perjumpaan terakhir di Parlimen baru ni tidak ada pun keputusan dibuat supaya PAS jangan bentangkan Hudud di DUN Kelantan. Sebalik kita tegaskan kita mesti kena bawa sebab telah diluluskan oleh Majlis Ulama MAIK dan mendapat perkenan dari Baginda Sultan.
Mereka minta kita ubah dengan menyebut perkataan pindaan. Pada awalnya kita agak keberatan kerana kita terpaksa sebut satu persatu pindaan yang kita buat apabila Menteri Besar Kelantan buat pembentangan dalam DUN. Tetapi mesyuarat JK PAS Pusat esok bersetuju sebagaimana yang mereka cadangkan. Terpaksalah kita pinda banyak perkara. Itu yang terpaksa buat pembetulan dalam enakmen itu. Tiba tiba apabila diluluskan dalam DUN keluar kenyataan kita tikam PR dari belakang dengan meneruskan pindaan tersebut dengan alasan mesyuarat PR memutuskan tidak teruskan Sidang DUN. Tidak ada langsung keputusan begitu.
Untuk pengetahuan ikhwah semua, 3 kali ana berhadapan dengan mereka, sikap mereka sangat keras dalam setiap kali perjumpaan. Dalam perjumpaan terakhir baru ni, mula saja mesyuarat, mereka terus mahu mesyuarat majlis PR buat keputusan supaya Hudud dikeluarkan dari agenda parti gabungan PR.
24 Mac 2015

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej