Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, March 20, 2015

APA SUDAH JADI ? CERAMAH SOLIDARITI UNTUK DSAI DI KG TIONG

APA SUDAH JADI????? .... CERAMAH SOLIDARITI UNTUK DSAI DI KG TIONG,
Oleh Omak Kau
KUALA BERANG, TERENGGANU MALAM INI LANGSUNG TIADA SAMBUTAN!!!!!!
Apakah ini akibat Parti KEADILan Rakyat menyatakan tidak menyokong hukum hudud yang dibentangkan di DUN Kelantan hari ini maka tempias dan reaksi serta respon rakyat Terengganu diterjemahkan dengan suasana ceramah Solidariti Untuk DSAI yang paling hambar dalam sejarah sejak penubuhan PKR?????
Omak Kau cukup terkejut besar apabila menerima 2 rakaman gambar suasana Ceramah Solidariti Untuk Anwar Ibrahim malam ini di Kg Tiong, Kuala Berang, Terengganu anjuran Parti KeADILan Terengganu langsung tidak mendapat sambutan dari penduduk tempatan.
Penceramah yang sepatutnya menyampai pidatonya terdiri dari YB Azan Ismail, ADUN Bandar merangkap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Terengganu , Naib Presiden KeADILan merangkap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil YB Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan Pusat, merangkap Ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan ADUN Seberang Jaya, YB Dr Afif bin Bahardin.
Jumlah yang hadir datang untuk mendengar dan berikan sokongan ... aduh!!! jika apa yang digambarkan ini sahih lagi benar amat mendukacitakan sekali.
Peliknya difahamkan tiada langsung PAS negeri maupun kawasan diajak untuk menjadi penganjur bersama.
Amat-amat berharap kisah ini tidak benar sama sekali .. mohon sangat-sangat pihak yang mempunyai maklumat kilas akan artikel ini sebagai tidak benar sebab jika benar maka amat memalukan sekali apabila kehadiran tidak lebih dari jari ditangan.
Belum pernah terjadi dalam sejarah sejak penubuhan Parti KeADILan Rakyat sejak tahun 1999 yang dulu dikenali sebagai Parti KeADILan Rakyat, hatta ceramah kelompok sekali pun kehadiran seteruk ini.
Penceramah yang hadir bukan kecil-kecil anak dan calang-calang pemimpin dalam KeADILan.
Something must be very wrong somewhere .. Mohon pencerahan demi kebenaran dari pihak penganjur.
Like ·  · 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej