Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, March 26, 2015

Burung Pipit yang kecil namun BESAR jiwanya

Burung Pipit yang kecil namun BESAR jiwanya
Nabi Ibrahim a.s. berbahas dengan Raja Namrud yang zalim tentang Tuhan;
"Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan." - (Surah Al-Baqarah : 258).
Raja Namrud menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. (lalu diambil 2 orang pemuda, seorang dibunuh dan seorang lagi dibiarkan hidup)".
Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?"
"Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu) dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim." (Surah Al-Baqarah : 258).
Akhirnya Raja Namrud mengambil keputusan agar Nabi Ibrahim a.s. dibakar dengan unggun api yang besar. Maka Raja Namrud pun terus memerintahkan seluruh bala tenteranya agar menyediakan unggun api yang besar hinggakan burung-burung pun tidak berani untuk terbang di atasnya.
Setelah sampai masa yang telah ditetapkan, Raja Namrud pun duduk di atas singgahsana sambil terus melihat kepada api yang sangat besar itu di dalam hatinya terselit kegembiraan yang amat sangat kerana sekejap lagi Nabi Ibrahim a.s. akan mati dibakar api, dia gembira kerana api akan memakan seorang yang tidak mahu beriman dengan tuhan mereka.
Mereka pun mengikat Nabi Ibrahim a.s. pada satu tiang seakan-akan lastik yang besar digunakan untuk melempar Nabi Ibrahim a.s. ke dalam api yang besar itu. Mereka terkejut melihat keadaan Nabi Ibrahim a.s. kerana ketika mahu dilemparkan tetap begitu tenang sekali langsung tidak meronta-ronta atau pun melawan. Setelah itu Nabi Ibrahim a.s. pun dilemparkan ke dalam api besar yang menyala-nyala tersebut.
Terdapat seekor burung pipit kecil yang kasihan dan simpati dengan Nabi Ibrahim a.s., si burung pipit kecil berusaha menolong Nabi Ibrahim a.s. dengan menggunakan paruhnya untuk mengambil air bagi memadamkan api yang menyala-nyala tersebut.
Belum sempat titisan air itu menyentuh api, air itu telah lenyap kerana haba yang terlalu amat kepanasan ...
Burung-burung lain pun hairan melihatnya. “Mengapakah kamu bersusah-payah seperti ini ? Bukankah sangat jelas, apa yang kamu lakukan itu sia-sia belaka, burung kecil?”
Namun, burung pipit tidak ambil peduli. Diulangi perbuatannya itu berkali-kali dengan tergesa-gesa berulang-alik mengambil air dari sungai dengan paruh kecilnya.
Hanyasanya si burung pipit kecil tidak tahu bahawa Nabi Ibrahim a.s. tidak memerlukan pertolongannya. Nabi Ibrahim a.s. hanya berkata, “Cukuplah Allah sebagai penolongku.” Atas perintah Allah, api pun sejuk kemudian nyaman dan selamatlah Nabi Ibrahim a.s.
"Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!" - (Surah Al-Anbiyaa : 69).
Amat terkejut Raja Namrud dan tenteranya menyaksikan bahawa Nabi Ibrahim a.s. langsung tidak dimakan oleh api bahkan Nabi Ibrahim a.s. boleh berjalan-jalan didalam api besar tersebut.
Sesungguhnya Allah SWT telah selamatkan Nabi Ibrahim dari kejahatan dan kezaliman Raja Namrud.
Setelah api padam, si burung pipit kecil pun jatuh keletihan sambil menjawab pertanyaan burung-burung lain, "Wahai teman yang dikasihi semua, hanya inilah yang mampu ku lakukan. Mengenai hasilnya, itu bukan urusan ku! Aku hanya ingin pada waktu Tuhanku memanggil ku kelak, aku mampu berdiri tegak di hadapan Tuhanku apabila diri ku ditanya “ Wahai pipit, apa yang kau lakukan semasa Nabimu Ibrahim a.s. di bakar oleh Namrud?” Aku boleh menjawab ” Ya Tuhanku, aku telah melakukan apa yang terdaya oleh ku, walaupun aku tahu apa yang aku lakukan amat kecil sekali dan tidak ada kesannya tapi aku sudah berusaha seluruh tenaga ku dan jiwa ku wahai Tuhanku ..”
Semoga kita juga berjiwa BESAR seperti burung pipit yang kecil untuk membantu menegakkan Syariat Allah SWT untuk keselamatan semua Ummah terutamanya diri kita sendiri .. Aamiin. Berusahalah menjadi pelajar, pentadbir dan pensyarah yang terbaik, soleh, dedikasi serta pintar dunia dan akhirat kerana Allah SWT untuk keredhoan Allah SWT jua ..
"Do the best and let Allah take care of the rest"
Wahai Ummah ! Jangan ragu dan bimbang , jangan rasa takut dan gentar, jangan rasa putus asa kerana kekuatan musuh yg besar dan kuat.
Tolong lah Agama Allah setakat mana yang mampu dengan menyokong usaha murni pejuang dan pemimpin Islam untuk menjadikan Perlembagaan Islam di Atas Dan Mengawal Umat manusia.
Segala makhluq akan turut berdo'a dan memuji perjuanganmu, walaupun kamu tidak mendengar.
Tak malukah kamu ummah yang dikurniakan petunjuk (iman ) tapi kamu sesiakannya ?
Sebelum lahir ke dunia, semua roh manusia telah melihat syurga terus terpesona dan selepas itu roh manusia berjanji akan menta'ati segala perintah Tuhannya. Tapi setelah Tuhan lepas dan "menuangkan" jasad yg di dalamnya roh manusia Ke dlm dunia ini, mereka telah lupa semua perjanjian itu.
Nah ! bukan tiada peringatan dari para ulama dan pendakwah, tapi Ummah tersangat keras hatinya kerana seronok dengan kemewahan hidup yang sementara ini.
Wallahu A'lam
Like · Comment · 

https://www.facebook.com/ayob.hussin/posts/10203983306923639?ref=notif&notif_t=like

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej