Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, March 28, 2015

Jalan syaitan menggoda manusia

MARI KITA PERANGI SYAITAN ! SYAITAN HANYA MAHU MENYESATKAN KITA ! KITA DIHASUT, DIBISIK DAN DIGODA !

                                             API ! API ! API ! MEMBAHANG PANAS !

Syaitan sentiasa berusaha membawa manusia supaya terlibat dalam permusuhan dan kebencian, dan menjadikan manusia agar mengikut kesesatannya. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 169, dengan maksud:

“Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya)”
 
PERANAN JAHAT SYAITAN;
 
Peranan jahat syaitan sudah jelas. Untuk mencapai hasrat durjananya itu, syaitan antara lainnya:
 
1.Mencipta permusuhan antara manusia. Firman Allah yang bermaksud:
 
"Sesungguhnya syaitan bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu."(Surah Al-Maidah, ayat 91).
 
2.Menghilangkan pertimbangan akal yang waras. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Janganlah kamu marah kerana perasaan itu adalah datang daripada syaitan."
 
3.Menyuburkan sikap tamak dan hasad dengki. Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh di atas bahteranya: "Dua perkara yang akan merosakkan manusia disebabkan iblis, dengki dan tamak." (Ibnu Jauzi).
 
4.Mencipta bibit perpecahan sesama umat Islam. Dari sahabat bernama Jabir bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya iblis putus asa terhadap orang yang solat tetapi ia mampu memecahbelahkan perpaduan mereka." (Hadis riwayat Bukhari).
 
5.Memesongkan akidah umat Islam. Firman Allah bermaksud:
 
"Dan syaitan berusaha untuk menyesatkan umat Islam dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisa', ayat 60).
 
6.Menyeru kepada kejahatan. Firman Allah bermaksud:
 
"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui."(Surah Al-Baqarah, ayat 169).
 
7.Menghalal serta mengharamkan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Firman Allah yang bermaksud:
 
"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamumelakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui."(Surah Al-Baqarah, ayat 169).
 
8.Menjauhkan manusia daripada mengingati Allah. Firman Allah yang bermaksud:
 
"Sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah  maka syaitan adalah teman yang  selalu bersamanya."(Surah Az-Zukhruf, ayat 36).
 
 
9.Mencipta perbalahan dalam agama. Firman Allah yang bermaksud:
 
"Ada di kalangan manusia yang membantah mengenai agama Allah tanpa ilmu dan mengikut syaitan yang jahat." (Surah Al-Haj, ayat 3).

BENTUK BISIKAN, GODAAN DAN HASUTAN SYAITAN

Syaitan menggunakan pelbagai kaedah termasuklah bisikan, godaan dan hasutan untuk menyesatkan manusia. Bisikan, godaan dan hasutan syaitan yang berjaya dapat dilihat dan terpancar dalam bentuk perkataan dan perbuatan manusia itu sendiri. Contoh-contoh berikut menjelaskan apa yang dimaksudkan:

(1). "Ah, tak apa"

(2). "Alah, buka sikit je. Bukannya ada apa-apa pun"

(3)."Ha, tak jadi apa-apa kan kalau dedah sikit?"

(4). “Solat sekejap lagi. Ada lagi masa”  - Solat ditangguh dan dilengahkan apabila tiba saat menunaikan solat.

(5). “Dia tu suka mengadu hal kita kepada boss” . Syaitan amat gembira apabila kita bersangka buruk terhadap orang lain. Syaitan faham sangat-sangat sikap bersangka buruk ini akan menyebabkan berlaku salah faham dan terputus hubungan silatulrahim sesama manusia. 

(6). “Semua manusia mempunyai hak masing-masing, jadi manusia bebas mengamalkan cara hidup mereka.”
Kalau dituruti bisikan syaitan ini, maka orang Islam yang ingin murtad tidak perlu dihukum. Begitu juga lelaki dan wanita bebas berkahwin dengan pasangan sejenis mereka.

(7). “Semua agama menuju pada keamanan dan kebenaran, jadi semua agama adalah benar.”

(8). “Masa muda ialah masa untuk enjoy, dah tua nanti baru bertaubat, kerana taubat waktu muda-muda, nanti buat dosa balik.”

(9). “Jangan sebut pasal mati, tak elok, nanti mulut masin” (yakni meyakini kata-kata seseorang yang boleh menyebabkan kemudaratan dan secara tidak langsung mengingkari takdir).

(10). Gangguan iblis dan syaitan juga sering berlaku ketika seseorang itu sedang mengambil air sembahyang. Perasaan was was yang menyelinap dalam diri seseorang itu menyebabkan orang yang berkenaan mengulangi bacaan niatnya berkali-kali, membasuh anggota wuduk berkali-kali, terasa air tidak sampai pada kulit anggota wuduk, tidak tiba pada hujung dahi, tepi telinga dan sebagainya. Terasa juga air tidak sampai pada celah-celah kuku dan sebagainya.

(11). TERDAPAT SEBUAH RENCANA YANG AMAT AMAT AMAT BAIK (3X) YANG MENCERITAKAN BAGAIMANA SYAITAN MEMPENGARUHI GOLONGAN WANITA BERHUBUNG DENGAN SOAL TUTUP AURAT. DALAM RENCANA TERSEBUT, TERDAPAT LAKONAN DIALOG ANTARA MANUSIA DENGAN SYAITAN.  LF PERCAYA RAMAI YANG SUDAHPUN MEMBACANYA! APAPUN, LF MAHU BERKONGSI RENCANA TERSEBUT DENGAN PARA PEMBACA BUDIMAN. LF AKAN SIARKAN SEMULA “RENCANA YANG MESTI DIBACA ITU” DALAM KELUARAN ENTRI BERIKUTNYA. NANTIKAN SIARANNYA !

BAGAIMANA MENGHINDARKAN DIRI DARIPADA GODAAN SYAITAN?

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu semua, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi). Sebenarnya dia hanyalah mengajak manusia menjadi penghuni neraka” (Surah al-Fatir, ayat 6).

Apakah caranya untuk melawan tipu daya iblis yang jahat dan licik ini? Disarankan,  antara caranya:

(1). Menuntut ilmu. Lengkapkan diri dengan ilmu fardhu ain kemudian baru ilmu-ilmu yang lainnya dan tanamkan sikap benci menjadi jahil

Firman Allah swt dalam Surah Al Hajj, ayat 54 yang bermaksud:

“Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.”

(2). Berdoa agar jauh dari kesesatan.

Allah swt berfirman dalam Surah Al Baqarah, ayat 186 yang membawa maksud:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

(3). Bersatu hati sesama umat Islam serta berzikir dan sentiasa mengingati Allah yang Maha Penyayang dalam memerangi musuh dari kalangan syaitan jenis manusia dan jin.

Dalam Surah Al Anfaal, ayat 45, Allah swt berfirman yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.”

(4).Sentiasa mengingati mati.

Dalam Surah Az Zumar, ayat 42, Allah swt berfirman yang membawa maksud:

“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”

KESIMPULAN

Sesungguhnya tipu daya syaitan itu sangat lemah. Mereka (syaitan) tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menghasut dan membisikkan sahaja. Sehubungan dengan ini, Allah swt ada berfirman dalam Surah An Nisaa’ , ayat 76 yang bermaksud:

“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah”

Serta ingatlah kita adalah umat terpilih, umat Nabi Muhammad saw. Allah swt berfirman dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 139, yang membawa maksud:

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.”

TAMBAHAN:

TULISAN ENTRI INI BERSANDARKAN KEPADA RUJUKAN AL-QURAN DAN RENCANA-RENCANA TULISAN PELBAGAI PIHAK. UCAPAN TERIMA KASIH DAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PENULIS RENCANA BERKENAAN. LF MOHON MAAF KERANA TIDAK DAPAT MENYEBUT SEMUA NAMA MEREKA DI DALAM ENTRI INI. LF MENDOAKAN ALLAH SWT AGAR MEMBERIKAN SEGALA GANJARANNYA KEPADA MEREKA INI. AMIN ! 

LF KURANG ARIF DALAM HAL-HAL AGAMA INI. LF SEDANG BELAJAR DAN AKAN TERUS BELAJAR DAN BELAJAR.  LF MENGALU-ALUKAN PANDANGAN, KOMEN, PEMBETULAN (JIKA ADA), DAN PENAMBAHBAIKAN KEPADA ENTRI INI. TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej