Syaitan dari golongan jin mempunyai saiz badan tertentu. Saiz itu boleh membesar dan mengecil. Apabila seseorang mengumpat dan mencelanya, syaitan membesar sebesar rumah. Karenanya Rasulullah melarang mengumpati syaitan.
Sebaliknya, Rasulullah mengajarkan sebuah kalimat singkat yang boleh membuat syaitan mengecil menjadi sebesar lalat. Bacaan itu tidak lain adalah basmalah. Yakni membaca "bismillah" atau lengkapnya "Bismillaahirrahmaanirrahiim"
Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Walid Abu Malih, ayahnya yang pernah dibonceng Rasulullah menceritakan:
كُنْتُ رَدِيفَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَعَثَرَتْ دَابَّتُهُ فَقُلْتُ تَعِسَ الشَّيْطَانُ . فَقَالَ لاَ تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولَ بِقُوَّتِى وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ
Ketika aku dibonceng Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tiba-tiba unta beliau tergelincir. Serta merta aku berkata, "Celakalah syaitan." Maka beliau bersabda, "Jangan kamu katakan, 'celakalah syaitan,' sebab jika kamu katakan seperti itu maka syaitan akan membesar sebesar rumah dan dengan sombongnya syaitan akan berkata; 'Itu terjadi kerana kekuatanku'. Akan tetapi, ucapkanlah 'Bismillah' sebab jika engkau mengucapkan basmalah syaitan akan mengecil hingga sebesar lalat. "(HR. Abu Dawud)
Inilah salah satu fadhilah (keutamaan) basmalah. Dalam Tafsir Al Qur'an al 'Adhim, setelah mengetngahkan hadis ini Ibnu Kathir menjelaskan: "Demikian itu berkat kalimah bismillah. Kerana itu, pada permulaan setiap perbuatan dan ucapan disunnahkan terlebih dahulu membaca basmalah. "
Betapa dahsyatnya kalimah basmalah, Hasan Bishri menjelaskan dalam buku Dahsyatnya Kekuatan Basmalah: "Jangankan syaitan yang lemah dan pengecut, gunung yang besar dan kukuh pun luluh luntur bila diturunkan Al Qur'an kepadanya."
Hadis tersebut juga mengajarkan kepada umat Islam agar tidak memperturutkan kemarahan dan emosi dengan mengumpat. Tidak pula dibenarkan mengaitkan musibah atau kemalangan dengan keyakinan bahawa itu terjadi akibat ulah syaitan.
Tetapi sandarkanlah kepada Allah dengan membaca nama-Nya, berlindunglah kepada-Nya dari gangguan syaitan serta mara bahaya seraya meyakini bahawa tidak ada yang boleh melindungi kita dan tidak ada yang kuasa menimpakan bahaya kecuali Allah Azza wa Jalla
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej