Cincin Bertulis Insya Allah dalam Peti Mayat Viking
Penyelidik di Sweden dikhabarkan telah menemui tulisan Arab pada sebuah cincin di dalam peti mati seorang Viking. Penemuan ini disebut-sebut telah membuktikan kebenaran cerita kuno, tentang hubungan antara Viking Age Scandinavia dan dunia Islam. World Bulletin melaporkan pada hari Ahad (22/3/2015).
Sebuah cincin perak dijumpai dari peti kayu yang mengandungi rangka seorang wanita. Cincin ini ditemui semasa penggalian kubur tahun 1872 dan 1895, di pusat perdagangan Viking Birka di Pulau Björkö, dekat ibu negara Sweden Stockholm.
Setelah diteliti menggunakan mikroskop, para ilmuan mencari kaligrafi Arab Kufi bertuliskan "Insya Allah" pada cincin.
Sebastian Wärmländer seorang Biofizik dari Universiti Stockholm berkata, "Ini satu-satunya cincin bertuliskan kaligrafi Arab yang ditemui di Scandinavia."
"Kami mempunyai beberapa cincin bergaya Arab lain, tapi tanpa kaligrafi," tambahnya. "Analisis kami menunjukkan bahawa cincin terdiri daripada 94.5 peratus nonemas. Mempunyai batu berwarna dengan tulisan 'Allah'. "
"Penemuan ini memberikan bukti interaksi langsung antara Viking dan negara-negara Islam," menurut para penyelidik.
"Kisah-kisah Viking memberitahu kami tentang ekspedisi Viking ke laut Hitam Kaspia, tapi kita tidak tahu mana yang fakta dan mana yang fiksyen dalam cerita ini," kata Wärmländer.
"Cincin ini menguatkan cerita kuno tentang hubungan langsung antara Viking Age Scandinavia dan dunia Islam," katanya.
Cincin ini saat ini bertempat di Muzium Sejarah Sweden di Stockholm.
*Sumber islampos.com
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej