Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, March 29, 2015

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) Alkisah semut

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Alkisah semut
Satu pagi, seekor semut terjumpa sehelai bulu yang besar. Semut amat menyukai bulu tersebut lalu berusaha membawanya pulang ke sarang.
Perjalanan semut tidak mudah, satu demi satu halangan terpaksa dilepasi dengan berjalan agak jauh.
Di satu halangan, tetiba semut itu berhenti. Rupanya, ada sebuah gaung sebesar 10mm yang tidak dilepasinya. Semut berulang-alik membawa bulu itu
kebuntuan.
Akhirnya, semut terfikir penyelesaiannya. Ia meletakkan bulu tersebut untuk menutup gaung tersebut. Selepas ia lintasi gaung tersebut, semut mengambil bulu lalu meneruskan perjalanan ke arah sarangnya. Hebat sang semut ciptaan
Allah ini!
Akhirnya, sang semut tiba di pintu masuk sarangnya di bawah penjuru sebuah rumah. Sang semut berasa sangat gembira dan puas kerana berjaya membawa pulang bulu meskipun berdepan bermacam halangan.
Setibanya di pintu sarang, sang semut baru tersedar bahawa lubang ke sarangnya sebegitu kecil, macam mana bulu yang besar ini dapat dibawa masuk?
Akhirnya, semut terpaksa berputus asa. Tidak mungkin ia dapat melepasi halangan ini. Lantas, semut mengambil keputusan untuk meninggalkan bulu yang dibawanya kembali di depan pintu sarang, dan pulang ke sarangnya.
Wahai anakku,
Sang semut sebenarnya terlupa untuk berfikir mengenai masalahnya secara mendalam sebelum memulakan usaha membawa bulu itu pulang ke sarang.
Di akhir perjalanan, baru tersedar bulu yang disangka bernilai hanya satu beban yang tidak perlu.
Wahai anak kesayanganku, dalam kehidupan seharian kamu, ada kalanya kamu akan melalui apa yang dirasai semut. Kamu bimbang mengenai banyak perkara duniawi, seperti air muka, mengumpul duit dan harta, mencari pekerjaan lebih baik, risau keterlaluan pada keluarga dan sebagainya.
Namun, apabila tiba di penghujung jalan hidup kamu barulah engkau tersedar, segala yang dikejar dan dirisaukan kamu, sebenarnya tidak dapat dibawa bersama seperti bulu yang ditinggalkan sang semut.
Senyum...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej