Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, June 12, 2015

Kalau lah agama cuma di tafseer dengan logik aqal

Di zaman Nabi Musa, Nabi Musa ( dengan wahyu dari Allah) telah memerintahkan Umatnya yg melakukan dosa besar agar membunuh diri sebagai jalan mengkifarah dosanya.......
Kalau terjadi di zaman ini, nescaya ramai akan keluar dari Agama Allah sambil berkata "Musa Bodoh, bahalul, jahat, tak bertamaddun, pemimpin lembab, pemimpin tak relevan dan sebagainya "
Iman bukan boleh difikir dengan logik aqal. Iman adalah keyakinan, terima tanpa soal, taksub tanpa takweel, tidak fikir panjang ...... seperti mana Sayyidina abu bakar assiddeeq bila diberitahu oleh Nabi Muhammad s a w yg baginda telah "israak dan mikraaj" yg mana ada di kalangan org yg telah murtad dan keluar dari agama kerana mereka mentafseer agama dengan logik aqal semata.
Kalau lah agama cuma di tafseer dengan logik aqal, nescaya Nabi Nuh tidak akan membina kapal di atas gunung, Nabi Ibraheem tidak akan menyembelih anaknya Nabi Ismail. Mereka (Rasul rasul ) lebih layak menggunakan aqal fikiran berbanding kita manusia biasa, tapi Iman mereka (Rasul Rasul ) di atas aqal mereka, bukan Aqal di atas Iman !
*** Yakinlah Ulama Muktabar al 'ameleen menjadi rujukan sepanjang zaman ***

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej