Sistem Tapisan Dari Allah
Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita akan ada sistem tapisan yang dibuat oleh manusia.
Untuk dapat kerja, kita mesti memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Untuk masuk sekolah top, mesti juga memenuhi keputusan yang mengagumkan.
Untuk menjadi doktor, mesti tahu apa yang perlu dipenuhi bagi mendapatkan tawaran kursus kedoktoran.
Untuk masuk sekolah top, mesti juga memenuhi keputusan yang mengagumkan.
Untuk menjadi doktor, mesti tahu apa yang perlu dipenuhi bagi mendapatkan tawaran kursus kedoktoran.
Hatta, untuk masuk ke USM Kampus Kesihatan Kelantan ini pun, perlunya ada keputusan yang gempak, lulus temuduga dan macam-macam lagi perkara yang perlu kita penuhi hasil dari ujian tapisan yang diwujudkan oleh manusia sendiri.
Sedangkan manusia ada sistem tapisan mereka, Allah juga ada sistem tapisan yang khusus buat setiap hambaNya.
Peringkat tapisan
Bagaimana ya Allah menapis kita?
Salah satu contoh adalah kisah Talut dan Jalut seperti mana yang disebutkan dalam Al-Quran,
Maka ketika Talut membawa bala tenteranya, dia berkata " Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka, barangsiapa yang meminum airnya, dia bukanlah pengikutku. Dan barangsiapa yang tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali menciduk seciduk dengan tangan." Tetapi mereka meminumnya kecuali sebahagian kecil diantara mereka. Ketika Talut dan orang-orang beriman bersamnya menyeberangi sungai, mereka berkata," Kami tidak kuat lagi menawan Jalut dan bala tenteranya." dan mereka yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata." Betapa banyak kelompok yang kecil mengalahkan kelompok yang kecil dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. ( Surah Al Baqarah,2: 249)
Dalam kisah ini, tentera Talut ditapis dalam menghadapi musuh tentera Jalut. Seramai berpuluh ribu orang (ada yang kata 70 ribu) telah menyahut seruan Allah untuk berperang kerana mereka faham dan tahu akan kewajipannya. Tidak semua orang boleh melepasi fasa ini dan mereka telah berjaya kerana adanya kefahaman dan ilmu tentang itu. Ini menujukkan mereka berjaya melepasi sistem penapisan yang pertama.
Namun, tika cuaca yang panas terik dan kering, Allah menguji mereka dengan sungai iaitu mereka tidak dibenarkan minum atau meminum hanya dengan satu cedokan tangan sahaja. Dalam ujian itu, tentera yang tidak mengikut arahan tersingkir kerana terleka dengan dunia (air), tidak mengikuti arahan Talut sebagai ketua dan merasa tidak mampu meneruskan peperangan kerana keletihan.
Akhirnya, seramai berpuluh ribu yang mengikuti perang, hanya 300 orang sahaja yang tinggal. Tentera yang tinggal itulah tentera yang berkualiti dan memenangkan peperangan.
Tercicir
Betapa ramai golongan yang tercicir dan betapa sedikit golongan yang tinggal. Itulah hakikat hidup ini dan hakikat dalam kita melewati jalan tarbiyah/dakwah.
Hanya orang yang benar-benar kuat, yakin dan bersungguh-sungguh sahaja yang akan terus kekal dan orang yang lemah, malas dan banyak alasan akan tercicir dan seterusnya menjadi golongan yang tertinggal.
Adakah kita mahu menjadi golongan yang banyak dan tercicir itu? Golongan yang sangat rugi, tiada arah tuju, golongan yang meninggalkan peluang mendapat pahala syahid yang sangat besar, golongan yang lebih mengutamakan dunia dan golongan yang tidak mendengar arahan dakwah.
Mahu diganti atau mengganti?
Memang tidak dinafikan, Allah selalu sahaja menguji kita dengan ukhwah, akademik, objek dakwah, fitnah dan banyak lagi. Namun, berfikirlah positif dalam menghadapi setiap ujian itu. Tetapkanlah niat, semangat dan komitmen untuk berbuat. Jangan mudah melayan bisikan-bisikan jahat yang sentiasa menyeru kita hidup dalam kesenangan dunia yang palsu dan sementara.
Teruskanlah memotivasi diri untuk menjadi generasi yang mengganti bukan generasi yang diganti.
" Ingatlah, kamu adalah orang yang diajak untuk menginfakkan hartamu di jalan Allah. Lalu diantara kamu ada yang kikir (kedekut), barangsiapa yang kikir sesungguhnya dia kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah yang Maha Kaya dan kamulah yang memerlukan kurnianya. Dan jika kamu berpaling dari jalan yang benar, Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, mereka tidak akan derhaka seperti kamu.
(Surah Muhammad, 47:38)
(Surah Muhammad, 47:38)
Ujian Allah sebenarnya bertujuan untuk 'menyucikan' barisan dakwah ini kepada orang yang benar-benar layak sahaja.
Semoga kita sentiasa berjaya dan lulus dalam setiap ujian yang Allah beri untuk menjadikan level kita tinggi di sisi Allah.
Allah Lebih Mengerti dan Memang Teramat Mengerti
Semuanya Telah direncanakan
http://akhwatmedic.blogspot.com/2013/04/sistem-tapisan-allah.html
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej