Sabrie Yusof
Fenomena rakyat Malaysia akan menyertai PAS menjelang PRU 14.
1. UMNO bakal menemui kehancurannya dalam masa setahun lagi jika Najib berterusan memimpin Umno. InsyaAllah.
2. GHB adalah golongan yang kecewa dan hanya mereka yang kecewa akan menyertai parti ini dan dijangka hancur tidak sampai 2tahun.
3. PKR selepas ketiadaan Anwar akan menemui jalan buntu dan krisis dalaman untuk pemilihan kepimpinan mereka akan berlaku. Mereka pula tiada grassroot yang mendokong perjuangan mereka. Wan Azizah pula kelihatan lemah dan tidak dapat memimpin PKR secara terkawal serta tindakan mereka lebih banyak tunduk kepada kehendak DAP.
4. DAP adalah parti rasis anti islam. Walaubagaimana pun mereka akan terus bekerja untuk mengaburi mata rakyat Malaysia terutama orang islam dalam lakonan-lakonan "kebajikan", "pembinaan masjid" dan meraih sokongan orang Melayu atas kemasukan orang Melayu seperti A. Samad Said dan Prof Dr Aziz Bari. Ini adalah taktik mereka untuk meraih sokongan pengundi Melayu bagi memastikan mereka menjadi dominan dalam Pakatan mereka.
75% rakyat Malaysia adalah Terdiri daripada orang Melayu,19% adalah Cina, dan selebihnya.
Penghijrahan beramai ramai Rakyat Malaysia untuk menyertai PAS menjelang PRU 14. Ini adalah jangkaan fenomena yang akan berlaku atas 3 sebab:
1. Umno akan hancur dalam masa setahun sekiranya Najib Razak masih memimpin Umno. Dan ahli-ahli Umno akan hilang kepercayaan kepada pimpinan mereka sendiri. Sebagai alternatif,mereka akan memilih PAS sebagai parti pilihan mereka.
2. PAS telah membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP atas mempertahankan prinsip islam dan dasar islam yang diperjuangkan sekian lama oleh PAS. Ini menyebabkan ramai pengundi-pengundi mempercayai PAS sebagai alternatif baru untuk mentadbir Malaysia dengan islam dibarisi barisan-barisan profesional yang mulai menampilkan diri mereka masing-masing untuk bersama sama menyertai perjuangan Islam PAS.
3. Tahap ekonomi yang tenat dan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan rakyat tidak lagi mempercayai umno. Rakyat akan melihat parti yang paling teguh dengan prinsipnya dan tidak berkepentingan,jujur amanah akan menjadi pilihan rakyat.
Fenomena undi orang-orang Melayu kepada PAS menjelang PRU 14. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej