Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, August 3, 2015

FITNAH KEPADA PUSAT PENGAJIAN AGAMA ADALAH FITNAH YANG BESAR KEPADA AGAMA


FITNAH KEPADA PUSAT PENGAJIAN AGAMA ADALAH FITNAH YANG BESAR KEPADA AGAMA
Bukan senang untuk menDhoifkan hadis kerana ianya juga kalam yang keluar dari mulut Rasulullah S.A.W..
Ulama dahulu sangat berhati-hati dalam melakukan atau bercakap sesuatu perkara tambahan pula perkara yang melibatkan agama..
Kebanyakkan ulama lebih suka menggunakan perkataan yang menjauhi fitnah agar masyarakat tidak terkeliru..
Fitnah ini ibarat binatang buas..
Tuduhan atau tulisan yang menyebabkan timbulnya fitnah amatlah dilarang dan ditegah oleh agama..
Tambahan pula tuduhan atau tulisan yang bersangkut dengan hadis Rasulullah S.A.W..
Ia perlu kepada ilmu dan adab yang tinggi dikalangan umat Rasulullah untuk berbincang, menulis atau menyebarkan perkara tersebut..
Tuduhan yang berat seperti menyatakan adanya sebuah tempat atau pusat pengajian agama yang menyebarkan hadis palsu adalah satu fitnah kepada agama jika tuduhan itu adalah tidak benar..
Ini adalah kerana tuduhan ini melibatkan hadis Rasulullah S.A.W..
Jika tiada hadis palsu yang disebarkan disitu, ia akan mengundang satu fitnah yang besar kepada agama..
Kerana pusat pengajian atau tempat pengajian agama adalah satu tempat dimana banyak ayat-ayat Al Quran, hadis-hadis Rasulullah dan kitab-kitab karangan Ulama'-Ulama' yang selalu dibaca oleh guru-guru ketika mengajar..
Pusat pengajian agama juga selalunya adalah tempat yang akan dihadiri oleh Ulama'-Ulama' yang datang untuk mengajar ilmu-ilmu dan hadis-hadis kepada semua penuntut-penuntut ilmu agama yang hadir di dalam majlis ilmu..
Majlis-majlis ilmu ini ibarat taman-taman Syurga dimana malaikat-malaikat Allah akan menghadiri dan memayunginya..
Berhati-hatilah dalam membuat atau bercakap tentang sesuatu perkara yang melibatkan agama supaya fitnah terhadap agama tidak berlaku..
Jika kita tidak mampu untuk membuat sesuatu perkara kebaikan jangan pula kita menjadi penghalangnya..
Wallahu 'alam..
Sirru 'ala barakatillah..
Muhammad Daneal Yusoff
Abu Al Abbas
18 Syawal 1436
3 Ogos 2015
Isnin

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej