Tuan tuan muslimeen
Antara perkara yg masuk dlm katagori "Nuur" ialah hidaayah, ilmu, furqan (dapat bezakan antara haq dan baatil, Makrifah akan Allah, kemanisan iman ...
Nuur ini tidak akan masuk kpd org yg banyak zulmat dosa, maksiat, takabbur sombong, ingkar akan Suruhan Allah dan Rasul
.... dan tanpa mendapat "Nuur" ini, maka seseorang insaan itu tidak dapat membezakan antara benar dan salah (di sisi agama) , dia tidak dapa bezakan antara haq dan baatil, tidak nampak dan tidak menerima nasihat agama.
Kenapa terjadinya demikian ?
.... kerana pandangan mata hatinya terganggu dengan kotoran zulmat dosa dan kekotoran.
Umpama Kamera atau cermin yg diselaputi debu kekotoran, maka ia terlindung dari mendapat imej dari luar sana !
Bagaimana mengatasinya ?
Kalau kamera dan cermin, hendak dibersihkan lensanya dan cerminnya .
Kalau diri kita, hendaklah dicuci dengan istighfar, bertaubat , berzikir, bertahmid .
Org yg banyak istighfar dan taubat serta banyak berzikir, dia akan nampak
kebenaran, dia akan nampak jalan yang mana salah dan jalan yg mana betul. Dia akan dikurniakan "FURQAAN" ie ia dapat dan berupaya (dengan izin Allah ) membezakan antara haq dan baatil.
kebenaran, dia akan nampak jalan yang mana salah dan jalan yg mana betul. Dia akan dikurniakan "FURQAAN" ie ia dapat dan berupaya (dengan izin Allah ) membezakan antara haq dan baatil.
ini terjadi, kerana hatinya yg jilah bersih, makrifah dan nuur hidaayah dapat dan senang masuk ke dalam hatinya.
Sebab itulah, alim ulama yg sering mengamalkan ilmu mereka, yg istiqaamah dengan jalan Alquran dan Hadis, mereka ini seolah olah dapat "mencium" kebatilan dan haq ( antara benar dan salah )
****** TAKUT OLEHMU FIRASAT ORANG MUKMIN ******
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej